Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
SURAU AS-SYABAB PERUMAHAN FLAT PADANG HILIRAN
Dimulakan pada Mar 29, 2024
RM190 / 2.38 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000
11 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Tibanya bulan Ramadan menjadikan setiap hari Allah berikan gandaan pahala atas sedekah dan amal kebaikan kita. Bukan setakat pahala, rezeki pun insya-Allah bertambah-tambah Allah bagi kepada hamba-Nya.
"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-sebaik pemberi rezeki" (Surah Saba': ayat 39)
Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikit pun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, At-Tarmizi dan Al-Baihaqi)
Bulan mulia ini adalah peluang terbaik untuk kita berusaha membuka pintu rezeki kita seluasnya dengan cara berinfaq. Marilah kita sama-sama menyumbang untuk aktiviti surau As-Syabab sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal. Semoga Allah menerima amalan kita semua. Ramadhan telah tiba dan pastinya Ramadhan adalah bulan yang paling dinanti-nanti oleh kesemua umat Islam di serata dunia untuk melipat gandakan amal ibadat.
Alhamdulillah, dengan tibanya bulan Ramadhan Mubarak ini, para jemaah boleh menunaikan solat terawih dan melipat gandakan Qiamullail di akhir Ramadhan. Tujuan kempen ini adalah untuk mengumpul sumbangan dari orang ramai yang sentiasa dahagakan sumbangan untuk kebaikan.
1. Saguhati Imam Hafiz: RM2,400
2. Bilal: RM400
3. Iftar Jamaie Ramadhan: RM4,000 (termasuk tempahan khemah serta makanan)
4. Sumbangan untuk majlis Hari Raya Aidilfitri: RM4,000
Pihak surau akan menggunakan sumbangan tersebut untuk membayar saguhati 2 orang imam solat terawih, 2 orang bilal, majlis iftar Ramadhan dan majlis Hari Raya Aidilfitri serta segala aktiviti surau sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Mar 29, 2024