MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 05, 2025

REBUT PELUANG MEMBERI AYAM SEGAR BUAT PEJUANG AGAMA

RM295 / 9.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

15 Penyumbang

44 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

HADIRKAN KECERIAAN DAN KEGEMBIRAAN DENGAN BERINFAQ AYAM SEGAR YANG MENCUKUPI BUAT ANAK-ANAK PELAJAR YANG SEDANG BERJUANG.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin memohon bantuan dari orang ramai untuk mendapatkan bekalan ayam segar buat anak-anak tahfiz. Oleh itu, kami membuka kempen ini untuk orang ramai sama-sama membantu pihak maahad mendapatkan bekalan ayam segar yang mencukupi. Sumbangan ayam segar dapat membekalkan sumber protein yang terbaik untuk anak-anak ini, serta dapat meringankan beban kos pembelanjaan pihak maahad dalam menampung keperluan asas harian makanan di maahad tahfiz yang serba kekurangan ini.



Makanan yang berasaskan ayam ini merupakan makanan yang lazat dan segar ini sangat menjadi kegemaran kanak-kanak termasuk orang dewasa. Ayam juga mengandungi protein yang tinggi yang mana baik untuk tumbesaran tubuh badan dan otak anak-anak tahfiz ini. Insya-Allah, dengan adanya bekalan ayam segar, para pelajar mendapat makanan yang mencukupi ketika sesi pengajian mereka. Kami berharap orang ramai dapat sama-sama memberi sedikit infaq buat anak-anak syurga ini yang sedang berjuang di sini untuk menjadi Hafiz Al-Quran.



“Sesungguhnya sedekahnya orang Muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah SWT akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.” 

(Hadis Riwayat al-Thabrani)



Ayuh kita raih pahala berganda dalam berinfaq supaya mereka dapat meneruskan pengajian mereka dengan baik serta berkhidmat dalam memperjuangkan agama Allah SWT. Apa sahaja kita infakkan ke jalan Allah menjadi saham akhirat yang berpanjangan buat kita dan menggolongkan kita di kalangan orang-orang yang beriman.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 14, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 11, 2025

DZULKARNAIN MUHAMAD

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 11, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 09, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM75.00

Aug 08, 2025