MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 31, 2023

SUMBANGAN AYAM SEGAR KEPADA PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN YATIM

RM40 / 1.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

4 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI BERBUAT BAIK DAN MERAIH GANJARAN TERBAIK DARIPADA ALLAH SWT DENGAN MEMBERIKAN SUMBANGAN INFAQ AYAM KEPADA PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DI MAAHAD KAMI.


Pihak maahad mengajak semua insan yang prihatin untuk berbuat kebaikan dengan berinfaq bagi menyumbangkan ayam segar sebagai bentuk kasih sayang dan sokongan kepada pelajar-pelajar tahfiz kami. Sebanyak 40 ekor ayam diperlukan dalam tempoh seminggu bagi memenuhi keperluan makanan kepada 70 orang para pelajar kami di sini. Bekalan ayam segar yang mencukupi amat penting bagi memastikan pelajar-pelajar kami mendapat makanan berkualiti sepanjang perjalanan mereka dalam menghafaz Al-Quran.



Setiap ayam yang disumbangkan bukan sekadar memenuhi bekalan nutrisi para pelajar kami, tetapi juga merupakan tanda kasih sayang dan sokongan yang sangat bermakna kepada mereka. Selain tu, melalui sumbangan ini ianya turut membantu memupuk semangat, keyakinan dan menjadi dorongan dalam perjuangan anak-anak asnaf dan yatim di maahad kami untuk menuntut ilmu agama.



Dalam usaha untuk meraih kebaikan dunia dan akhirat, mulai RM10 ayuh salurkan sumbangan dengan berkongsi rezeki dan memberikan kasih sayang kepada mereka yang memerlukan. Hal ini kerana majoriti para pelajar di maahad kami datang daripada keluarga yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf.




Akhir kata, mari bersama-sama menyokong usaha ini bagi meraih keberkatan dan merasai kehangatan kasih sayang serta rahmat Allah dalam setiap langkah menuju kepada kebaikan dunia dan akhirat. Semoga sumbangan para dermawan ini menjadi amal yang diterima oleh Allah SWT dan mendatangkan kebaikan yang berterusan buat kalian kerana membantu pelajar-pelajar tahfiz asnaf dan yatim dalam perjuangan mereka menuntut ilmu. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 02, 2023

NORIKHWAN BIN HJ ABD RAZAK

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 02, 2023

Kempen Sumbangan Tamat