TABUNG BANTUAN ANAK PRAMATANG

RM770 / 0.77 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

35 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PEMAAF berhajat untuk mengunjungi beberapa hospital serta membantu bayi pramatang ini mendapatkan rawatan yang terbaik. Jom bantu kami!


Semoga penderma semua dimurahkan rezeki serta beroleh keberkatan dalam mencari rezeki. PEMAAF memohon sumbangan untuk membantu bayi yang mungkin sedang bertarung nyawa di hospital seluruh negara sekarang ini. Baru-baru ini, PEMAAF telah pergi melawat ke Hospital Putrajaya wad pediatrik iaitu wad kanak-kanak. Kebetulan ada seorang saudara kita yang dalam kesusahan memohon bantuan dari PEMAAF kerana tidak dapat melunaskan bil hospital. Anaknya dlahirkan tidak cukup bulan iaitu 7 bulan 10 hari namun atas kuasa yang maha kuasa, berkat doa dari ibunya dan doa dermawan yang telah menyalurkan sumbangan perkara itu dapat diselesaikan dan bayi itu kini sihat dan dibenarkan pulang.



PEMAAF masih memohon sumbangan orang ramai untuk sama-sama membantu bagi meringankan ibu bapa yang mempunyai anak pramatang yang masih lagi berada di hospital, tidak semuanya mampu untuk menangung bil-bil hospital yang mencecah ribuan ringgit. Apabila ditahan di hospital begitu lama, ada yang terpaksa menjual segalanya demi untuk anak ini. Anak ini pun tidak meminta dilahirkan begitu, marilah kita bersama membantu anak-anak ini yang memerlukan bantuan kita.


PEMAAF berhajat untuk mengunjungi beberapa hospital serta membantu kanak-kanak ini mendapat rawatan dan menyantuni ibu bapa yang mempunyai anak pramatang dengan membantu mereka supaya mereka tidak rasa membebankan apabila melahirkan insan ini dengan membiayai kos yang tidak mampu oleh mereka serta keperluan untuk membesarkan anak pramatang ini. Kebanyakan bayi dilahirkan dalam lingkungan 40 minggu usia kandungan. Bayi dikatakan matang jika lahir di antara 37 ke 42 minggu usia kandungan. Jika bayi dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan ia dikatakan kelahiran pramatang.



Bayi pramatang dilahirkan kecil dan tahap kritikal bergantung pada usia kandungan. Berat badan bayi pramatang selalunya antara 500 gram untuk usia kandungan 22 minggu hingga 1000 gram untuk 28 minggu dan 1500 gm untuk 32 minggu dan 2.5 kg untuk 37 minggu. Tanda-tanda dan gejala bergantung pada komplikasi yang dihadapi.



Kadar kematian adalah tinggi walaupun mendapat rawatan rapi, bayi yang dilahirkan antara 26 hingga ke 28 minggu usia kandungan mengalami kadar kematian antara 30%-50%. Manakala bayi yang dilahirkan sebelum 26 minggu usia kandungan mempunyai kadar kematian antara 80-100%. Lebih matang seseorang bayi maka peluang untuk hidup adalah tinggi. Bayi yang lahir melebihi 34 minggu usia kandungan mempunyai 90% peluang untuk hidup.



Sesuai dengan firman Allah dalam surah As-Syura, disebutkan bagaimana Allah memberikan anak-anak lelaki dan perempuan sebagai salah satu anugerah kepada siapa yang Dia kehendaki.


لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ يَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ الذُّكُورَ


أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا ۖ وَيَجْعَلُ مَنْ يَشَاءُ عَقِيمًا ۚ إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ


Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat