ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 28, 2025

BANTU AGIHKAN 100 MAKANAN UNTUK MEREKA YANG LAPAR

RM355 / 3.55 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

21 Penyumbang

119 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Setiap sumbangan anda akan membawa senyuman, menghidupkan semangat, dan mengajarkan kita erti bersyukur dan berkongsi. Jom bantu!


Pernahkah kita berhenti sejenak di tepi jalan, melihat wajah-wajah letih pemandu, pemungut sampah, penjual kecil atau pekerja harian yang sedang berehat di bawah panas terik matahari?


Wajah mereka menceritakan seribu kisah, perut yang lapar, tenaga yang hampir habis, tetapi senyuman masih terukir kerana mereka tetap bersyukur atas rezeki yang ada. Namun, hakikatnya, ramai di antara mereka berjuang hanya untuk sesuap nasi.



Ada yang terpaksa menahan lapar kerana duit yang ada perlu disimpan untuk hari esok. Ada pula yang hanya makan sekali sehari, bukan kerana pilihan, tetapi kerana keterpaksaan. Melalui program “One Plate of Happiness”, ASAR Humanity ingin menghulurkan tangan kepada mereka yang bekerja keras di jalanan, terutama untuk asnaf dan pekerja jalanan.



Kita membeli makanan dari penjual kecil dan gerai tepi jalan, kemudian mengagihkannya secara percuma kepada mereka yang memerlukan, sambil membantu peniaga kecil menambah rezeki. Bayangkan, RM10 daripada anda boleh menjadi sepinggan nasi, semangkuk mi, atau sesuap harapan untuk seseorang yang sedang kelaparan. Makanan itu bukan sekadar mengenyangkan perut, tetapi juga menyemai kasih sayang dan mengingatkan mereka bahawa masih ada yang peduli.


“Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain.”

(HR. Ahmad)



Melalui kempen ini, kami menyasarkan untuk mengumpul RM10,000 bagi menyediakan lebih banyak makanan percuma di jalanan. Setiap sumbangan anda akan membawa senyuman, menghidupkan semangat, dan mengajarkan kita erti bersyukur dan berkongsi. Mari bersama isi perut yang lapar, tenangkan jiwa yang penat, dan sebarkan kasih kepada sesama manusia kerana kebaikan sekecil satu pinggan, mampu mencipta kebahagiaan yang tidak ternilai.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 31, 2025

MUHAMMAD FITRI SYAZWAN BIN SHOED

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 31, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 31, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 31, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 30, 2025