ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Dec 31, 2024

BAHAGIAKAN DAVINA DAN ANAK ANAK PENGHIDAP SAKIT KRONIK

RM392 / 13.07 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

28 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bahagiakan anak-anak sakit kronik, hulurkan harapan untuk adik Davina bersama ASAR Humanity.


Saudara-saudari yang dirahmati Allah, di sebalik senyuman anak-anak, tersembunyi kisah-kisah pilu yang memerlukan bantuan dan sokongan kita. Salah seorang daripadanya adalah adik Davina, seorang kanak-kanak kecil berusia 1 tahun 7 bulan yang sedang berjuang dengan keadaan perubatan yang jarang berlaku, iaitu tidak memiliki dubur (anorectal malformation).



Ayah adik Davina hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan harian kira-kira RM24 (sekitar Rp.80,000), yang sekadar cukup untuk keperluan harian keluarga. Kini, mereka berdepan cabaran besar untuk mencari dana sebanyak RM4,500 (sekitar Rp.15,000,000) bagi menampung kos pembedahan adik Davina dan keperluan asas lainnya.



"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak."

(Surah Al-Baqarah: 245)



Baru-baru ini, pasukan ASAR Humanity berkesempatan mengunjungi keluarga adik Davina dan menyampaikan bantuan makanan asas. Namun, beban yang ditanggung keluarga ini masih jauh daripada selesai. Kehidupan mereka sangat sederhana, dan usaha untuk mendapatkan rawatan buat adik Davina adalah perjuangan besar.


Kami mengajak anda untuk menyisihkan sebahagian rezeki demi membantu meringankan beban keluarga ini. Donasi anda akan digunakan untuk membeli bahan makanan seperti beras, susu, dan keperluan harian lain, menyokong dana rawatan adik Davina dan anak anak lainnya.



Mari bersama menjadi sebahagian daripada kebaikan ini. Setiap sumbangan anda, sekecil mana pun, adalah cahaya harapan buat adik Davina dan keluarga. Semoga kebaikan anda diberkati dan menjadi amal jariah yang berkekalan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 03, 2025

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 31, 2025

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 27, 2025

NURUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 22, 2025

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 13, 2025

Kempen Sumbangan Tamat