ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Aug 05, 2025

BAHAGIAKAN ANAK YATIM BERSAMA ASAR HUMANITY

RM1,070 / 21.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

57 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom kita semai kasih, curah cinta dan bimbing harapan anak anak yatim bersama ASAR Humanity.


"Mereka kehilangan ibubapa, tapi jangan biarkan mereka kehilangan kasih sayang."



Saudara seiman yang dirahmati Allah, menyantuni anak yatim adalah salah satu amalan mulia yang sangat dicintai oleh Allah SWT. Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda:


"Aku dan orang yang menanggung anak yatim akan berada di syurga seperti ini," lalu Baginda merapatkan dua jari Baginda.

(HR. Bukhari)


ASAR Humanity telah lama berkerjasama dengan rumah anak yatim di pelbagai wilayah, khususnya yang mengasuh bayi dan kanak-kanak bawah usia 5 tahun. Kami datang menziarahi mereka, membawa barangan keperluan harian, makanan, susu, dan sesekali bawa mereka keluar makan, bermain, dan melihat dunia luar yang jarang mereka nikmati.



Bagi kita mungkin itu sekadar aktiviti ringkas. Tapi bagi mereka, itulah dunia yang sangat mereka rindukan, untuk merasa disayangi, dipedulikan, dan diberi perhatian seperti anak-anak lain.


Humanitrip: Menyentuh Hati, Mengubah Hidup


Melalui inisiatif kecil yang kami namakan Humanitrip, kami mengajak 5-10 sukarelawan untuk merasai pengalaman menjadi penjaga anak yatim, bermain bersama mereka, menyuap makan, dan memberi kasih sayang secara langsung.



Ternyata sambutan sangat luar biasa, ramai yang tersentuh, dan tidak menyangka bahawa kehadiran mereka memberikan perubahan besar dalam emosi dan kebahagiaan anak-anak ini.


Kini, melalui kempen ini, anda juga boleh menyertai usaha ini.


Sumbangan anda akan digunakan untuk:

1. Membekalkan makanan berkhasiat dan susu bayi

2. Menyediakan mainan, keperluan kebersihan, dan pakaian

3. Menaja aktiviti luar, lawatan sambil belajar, dan program motivasi

4. Menyokong kos operasi rumah anak yatim



Jom kita semai kasih, curah cinta dan bimbing harapan mereka. Mereka tidak meminta dilahirkan tanpa ibubapa. Tapi, kita boleh hadir sebagai penyembuh luka dan pemberi senyuman.


Sedekahkan kasih anda hari ini. Biar mereka tahu, mereka tidak keseorangan.


#SayangiAnakYatim

#HumanitripASAR

#SedekahKasihSayang

#AnakYatimAnakKita

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 27, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 19, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 17, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 15, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Aug 13, 2025

Kempen Sumbangan Tamat