ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Sep 30, 2022

SUMBANGAN MAKANAN TENAGA KEPADA PENGHAFAL ALQURAN

RM835 / 13.92 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

54 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Merapatkan hati dan dekatkan diri kepada Rasulullah, mari kita berkongsi memberikan makanan lazat untuk para penghafal Al-Quran yang dicintai oleh Rasulullah. Ayuh saudaraku, kita menyumbang segera!


Bismillahirrahmannirrahim. Tuan dan Puan pahlawan kebaikan sekalian, di bulan Rabiulawal ini marilah kita memperbanyakkan amal soleh, agar kita lebih dekat dengan Rasulullah. Berikut adalah beberapa amalan yang boleh kita mulakan dari diri sendiri.



Terdapat satu kategori orang yang dipuji oleh Rasulullah sebagai yang terbaik di kalangan umat Islam yang lain, ialah penghafal dan pengajar Al-Quran.


Dari Uthman radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam beliau bersabda: "Sebaik-baik orang di antara kamu adalah orang yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarkannya."

(Hadis riwayat Al-Bukhari)


Adakah anda tidak cemburu dengan itu?


Sebagai umatnya, sudah tentu kita ingin menjadi golongan umatnya yang berkumpul bersamanya di syurga. Ini bukan sahaja pujian dari Nabi tetapi juga janji Allah atas limpahan kurnia yang besar. 


"Kemudian Al-Quran itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri (dengan mengabaikan ajaran al-Quran), dan di antara mereka ada yang sederhana, dan di antara mereka ada yang mendahului (yang lain) berbuat kebaikan dengan izin Allah. Itulah karunia yang besar (dari Allah saja)."

(Faathir 35:32)



Menyempurnakan amal shalih di bulan yang mulia ini, marilah kita sambungkan hati kita kepada Rasululah dengan menyayangi orang yang dicintainya. Salah satunya kepada penghafal Al-Quran. Penghormatan Maulidur Rasul adalah asas keimanan dan sebagai kesyukuran kita atas kurniaan Allah SWT. Utamakan niat menjadi hamba Allah yang tekun beribadah, sebagai bekal untuk kita menghadapNya.




Insha Allah sumbangan anda akan diagihkan dalam bentuk pakej makanan asas dan menjadi tenaga para penghafaz al-Quran. Sehingga mereka fokus terus mempertahankan ilmu Al-Quran dan menjadi pewaris Al-Quran pada generasi selanjutnya.


Tidak ada perkataan kecil atau besar untuk harta yang anda sumbangkan. Terima kasih atas sumbangan anda yang telah diamanahkan untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan melalui Asar Humanity. Semoga Allah SWT melindungi anda dan keluarga. InshaAllah pahala dan rezeki berlipat kali ganda.


"Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) agar dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. (Ingatlah) Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

(Surah at-Taubah 103)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HSR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 20, 2022

HSR

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 05, 2022

Kempen Sumbangan Tamat