ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Nov 29, 2023

INFAQ BEKALAN MINYAK API AMBULANS DAN HOSPITAL DI GAZA

RM20 / 0.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

2 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari kita bantu memastikan operasi ambulans dan penjana elektrik hospital berjalan di Gaza!


6 hari gencatan senjata, serangan berterusan dan pelanggaran perjanjian oleh pihak Zionis menyebabkan lebih banyak penderitaan dalam kalangan penduduk Gaza. Halangan akses yang masih dihadapi oleh masyarakat setempat menyukarkan penyampaian bantuan dan perkhidmatan kecemasan.


Termasuk juga untuk bantuan kesihatan dan akses kembali menjaga penduduk yang memerlukan rawatan khas. Hospital Indonesia merupakan hospital terbesar di Gaza Utara, tidak mempunyai akses kepada bekalan elektrik. Susulan pencerobohan terhadap Gaza, hospital kini tidak beroperasi sepenuhnya selepas menjadi sasaran tentera pendudukan Israel.



Keadaan di Gaza masih genting, tiada apa yang diharapkan daripada janji gencatan senjata Zionis, mereka masih menembak penduduk di Jenin dan kawasan lain. Ambulans yang membawa pesakit dan minyak untuk menjalankan operasi hospital adalah aspek penting dalam memastikan keselamatan dan kebajikan saudara-saudara kita di sana. Sekarang tugas kami ialah menyediakan bahan api untuk ambulans dan menyokong keperluan bahan api hospital di Gaza.



Asar Humanity menjemput anda untuk menyertai usaha membantu menyediakan bahan api untuk ambulans dan hospital di Gaza. Dengan sumbangan yang diterima, kami dapat memastikan ambulans beroperasi dengan cekap dan hospital dapat menyediakan perkhidmatan yang diperlukan semasa kecemasan.




Derma anda, walaupun RM10 akan membantu melindungi nyawa dan menyokong operasi kritikal di Gaza. Sama-sama kita hadapi cabaran ini dan beri harapan kepada mereka yang memerlukan bantuan segera. Semoga Allah memberi perlindungan dan rahmat yang melimpah ruah kepada Tuan, Puan dan keluarga mereka. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 30, 2023

Kempen Sumbangan Tamat