ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 16, 2024

INFAQ BAHAN RUJI PEMBUATAN ROTI UNTUK PELARIAN SERANGAN DI GAZA

RM390 / 13.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Dengan semangat tolong-menolong dan berkongsi sebagaimana sesama muslim, jom bantu hantar bekalan membuat roti sebagai usaha menyediakan makanan bagi pelarian menghadapi kelaparan ke atas Gaza!


Dalam keadaan krisis yang berterusan di Gaza, kita bersama-sama menyokong saudara kita di Palestina dengan keprihatinan dan solidariti untuk membantu mereka yang terjejas akibat serangan dan penjajahan Zionis. Kebuluran yang melanda Gaza bukan sahaja akibat daripada sekatan, tetapi juga kesan langsung daripada serangan dan pendudukan yang telah merosakkan infrastruktur dan memusnahkan sumber hidup mereka.



Menurut Program Makanan Sedunia, peratusan keluarga yang terjejas akibat peningkatan mendadak dalam ketidakamanan makanan di Gaza adalah yang tertinggi di dunia. Serangan dan pendudukan Zionis telah menyukarkan akses kepada makanan, memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sedia ada.



Serbuan udara dan pendudukan telah merosakkan infrastruktur, termasuk bekalan makanan dan kemudahan pengeluaran roti. Kami percaya bahawa menyediakan akses kepada agensi makanan, terutamanya untuk membakar roti, boleh menjadi langkah konkrit dalam mengatasi krisis ini. 



Kita sering melihat penduduk di Gaza menggali rumah mereka yang musnah dan mengutip tepung untuk membuat roti untuk diproses menjadi makanan keluarga. Sudah tentu tepung ini bercampur dengan tanah daripada rumah mereka yang musnah.



Roti bukan sahaja membekalkan nutrisi yang sangat diperlukan, tetapi juga merupakan simbol harapan dan kebersamaan di tengah-tengah kemusnahan. Bermula daripada sumbangan RM10, kami akan membantu menghantar roti dan keperluan bahan makanan asas lainnya untuk menyokong bekalan makanan untuk saudara kita.




Asar Humanity memegang amanah untuk terus menyalurkan kebaikan hati anda kepada yang memerlukan. Kami tak boleh bergerak sendiri tanpa sumbangan daripada Tuan dan Puan. Semoga Allah SWT merahmati anda dan keluarga anda. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM75.00

Jan 19, 2024

Kempen Sumbangan Tamat