BERBAKTI KEPADA MASJID AL MAKMUR BATU PAHAT YANG UZUR

RM630 / 4.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

26 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Menyediakan jemaah setempat dengan masjid adalah satu kewajipan bagi memenuhi keperluan fardu kifayah. Usahakanlah untuk kita dapat bersedekah dan bersama-sama merebut pahala ganjarannya kelak.


Masjid Al Makmur Kg Seri Makmur, Parit Sangit adalah sebuah masjid yang terletak dalam Mukim Lubuk, Batu Pahat, Johor. Bangunan masjid ini telah dibina lebih 50 tahun yang lepas dan mempunyai Jemaah Kariah berjumlah kira-kira 200 orang dari sekitar Kg Seri Makmur, Parit Sangit serta kawasan Jalan Batu Putih Darat.




Masjid Al Makmur ini mempunyai binaan separa papan dan batu. Keuzuran masjid ini kian ketara dari masa ke semasa. Walaupun telah beberapa kali diperbaiki, namun akhirnya terpaksa akur kepada kehendak zaman.



Terletak di persekitaran kampung dan agak jauh dari bandar Batu Pahat, masjid ini terletak di tepi jalan kampung utama. Walau bagaimanapun, masjid ini gagal menarik jemaah yang kuat untuk berjemaah kerana keuzurannya dan ketidakselesaannya. Masjid ini adalah separuh batu dan separuh papan. Papan dinding serta silingnya telah dimakan usia dan ada yang telah rosak.

 


Komuniti Ihsan terpanggil untuk mengusahakan dana bagi membaiki masjid ini. Kos awalan diperlukan sebanyak RM10,000 untuk baiki kerosakan yang diperlukan.



عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ قَالَ ‏ “‏ مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ كَمَفْحَصِ قَطَاةٍ أَوْ أَصْغَرَ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ ‏”


Daripada Jabir bin Abdullah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang membina masjid kerana Allah, sekalipun hanya seperti sarang burung atau lebih kecil, maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga”. (HR. Ibnu Majah, no.738)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 14, 2023

NOOR FAIZAH JAMALUDDIN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 10, 2023

Kempen Sumbangan Tamat