Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL AITAM
Dimulakan pada Oct 08, 2025
RM23,570 / 47.14 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
852 Penyumbang
325 Baki Hari
Pertubuhan ini bukan baru berdiri semalam. Sejak tahun 1987 lagi, Darul Aitam telah ditubuhkan hasil titik peluh Almarhum Ustaz Haji Idris Bin Talib, seorang insan yang berkorban segalanya hanya untuk kebajikan anak-anak yatim dan golongan asnaf di sini. Impiannya sangat jelas iaitu mahu membina sebuah rumah perlindungan yang bukan sahaja menyediakan tempat tinggal, malah ruang untuk anak-anak belajar, mendalami agama, dan membina masa depan yang cerah.

Hari ini, impian itu masih diteruskan dan diambil alih anak beliau sendiri, Ustazah Nuha sebagai pengurusi Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam. Namun, perjalanan yang ditempuhnya bukanlah mudah. Selepas kehilangan ayahanda tercinta, Almarhum Ustaz Haji Idris, beliau sekali lagi diuji dengan pemergian suami yang selama ini menjadi teman seiring sejalan dalam menguruskan Darul Aitam. Kini, segala tanggungjawab dipikul di bahu Ustazah Nuha seorang diri, meneruskan perjuangan yang ditinggalkan dengan penuh tabah dan kuat.

Ustazah Nuha kini berhasrat untuk membaik pulih dan melihat sebuah bangunan lama dibangunkan semula untuk kebajikan anak-anak di sini. Bangunan yang sepatutnya menjadi pusat aktiviti dan kelas-kelas percuma bagi anak-anak yatim dan asnaf di sekitar Bukit Pegoh Pernu, Melaka kini rosak akibat dari ribut dan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Di sinilah anak-anak yatim dan asnaf berhimpun, belajar mengaji, menghadiri kelas agama, serta menjalani aktiviti yang mengisi jiwa mereka dengan ilmu dan kasih sayang.
Sejak kerosakan berlaku, semua aktiviti anak-anak terpaksa dijalankan di surau yang sempit atau di kawasan yang tidak berbumbung. Mereka terpaksa buat program dalam keadaan panas dan berhujan untuk menghiburkan hati anak-anak di sini. Tiada lagi dewan luas untuk mereka lakukan aktiviti dalam keadaan selesa. Majlis-majlis ilmu dan program-program pun tidak dapat dilaksanakan seperti dahulu. Anak-anak yatim dan asnaf ini kehilangan satu ruang penting yang sepatutnya membentuk peribadi dan keyakinan mereka.

Kos untuk membaik pulih bangunan tersebut dianggarkan sekitar RM500,000. Jumlah ini diperlukan bagi menampung kerja-kerja pembaikan struktur utama yang sudah lama tidak diselenggara. Sebahagian besar dinding dan bumbung bangunan telah mula retak dan bocor, menyebabkan air hujan kerap masuk ke dalam ruang utama. Siling dan lantai juga banyak yang rosak, menjadikan kawasan tertentu tidak lagi selamat untuk digunakan.

Selain itu, sistem elektrik dan pendawaian perlu diganti sepenuhnya kerana berisiko tinggi berlaku litar pintas. Paip air dan tandas juga banyak yang bocor serta tersumbat, memerlukan pemasangan baru untuk memastikan kebersihan dan kelancaran penggunaan harian.

Kerja-kerja pembaikan ini juga melibatkan penambahbaikan kemudahan asas seperti pencahayaan, pengudaraan, serta ruang belajar yang lebih selesa untuk digunakan oleh anak-anak di sini. Semua ini dilakukan bagi memastikan bangunan dapat digunakan semula dengan selamat, bersih dan kondusif; bukan sekadar untuk hari ini, tetapi juga untuk jangka masa yang lama dan masa depan anak-anak di Darul Aitam.

Jika keadaan ini berterusan, dewan itu akan terus terbengkalai dan reput dimamah masa. Lebih menyedihkan, anak-anak yang tinggal di sini akan terus hidup dalam keadaan serba kekurangan tanpa ruang yang sepatutnya.

Justeru itu, Darul Aitam dan Ustazah Nuha sendiri sebagai Pengerusi Darul Aitam dengan rendah hati memohon bantuan tuan dan puan yang budiman di luar sana untuk bersama bagi membaik pulih bangunan yang rosak dan terbengkalai ini dengan harapan anak-anak yatim dan asnaf ini dapat belajar dan meneruskan kehidupan mereka di sini dengan selamat.
Insya-Allah, sekecil RM10 daripada tuan dan puan akan dibalas dengan sebesar-besar ganjaran daripada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:
“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga.”
Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, anda yang dermawan boleh terus berhubung dengan pengerusi Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam, Ustazah Nuha di talian 012-341 6144 atau tuan-tuan dan puan-puan boleh menziarah terus ke alamat: KM 12, Jalan Darul Aitam, Bukit Pegoh, Pernu, 75460 Melaka.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
HARUM MASTAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 16, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 16, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 16, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 16, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 16, 2025