MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 24, 2023

INFAQ KOS BAIK PULIH BUMBUNG ASRAMA PELAJAR TAHFIZ

RM45 / 0.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

3 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RAYUAN SUMBANGAN UNTUK SEGERA BAIK PULIH BUMBUNG ASRAMA YANG ROSAK DAN UZUR. AYUH MANFAATKAN HARTA YANG ADA UNTUK MENJANA SAHAM AKHIRAT.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah memohon sumbangan muslimin muslimat untuk kos baik pulih bumbung asrama pelajar perempuan kami. Maahad tahfiz merupakan tempat di mana anak-anak asnaf dan yatim ini gigih menuntut ilmu agama dan berdamping Al-Quran berada. Sehingga saat ini, pihak maahad sentiasa dalam usaha untuk memperbaiki dan meningkatkan fasiliti di maahad bagi menciptakan persekitaran tempat pengajian yang kondusif kepada pelajar kami.



"Amal yang paling dicintai oleh Allah adalah membahagiakan seorang Muslim, menyelesaikan suatu kesusahan yang menimpanya, atau membayar hutangnya." (HR. Tirmizi)



Namun, pihak kami mengalami masalah kekurangan dana yang masih belum mencukupi bagi membaik pulih keadaan bumbung asrama pelajar yang uzur dan rosak. Keadaan cuaca yang tidak menentu seperti hujan lebat telah menyebabkan berlakunya kebocoran air yang serius di asrama pelajar. Hal ini sangat membimbangkan kerana menimbulkan ketidakselesaan dan boleh merisikokan keselamatan pelajar kami.



Sehubungan itu, kempen ini diadakan sebagai satu inisiatif untuk menggumpul dana supaya kerja-kerja membaik pulih dapat segera dilaksanakan. Ini adalah peluang untuk berbuat kebaikan menabung saham jariyah kepada anak-anak asnaf dan yatim di maahad kami yang berusaha menuntut ilmu agama dengan tekad dan bersungguh-sungguh.




Akhir kata, pihak kami berharap agar kerja baik pulih ini dapat dilaksanakan secepat yang mungkin memandangkan keadaan bumbung asrama yang sangat uzur. Setiap detik masa sangat berharga dalam menjaga keselesaan dan keselamatan para pelajar kami. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian dengan pahala yang berlipat ganda untuk memberi keselesaan dan keselamatan kepada para pelajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Oct 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 25, 2023

ABDUL KARIM BIN HUSAIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 25, 2023

Kempen Sumbangan Tamat