Kebanyakan surau ini memerlukan perhatian khusus untuk menukar karpet yang sedia ada kepada karpet raudah di mana ianya akan memberikan lebih keselesaan kepada para jemaah yang hadir beribadah di situ. Hal ini penting dan mustahak berikutan dengan adanya kualiti yang ada pada karpet berkenaan, ianya akan lebih menarik perhatian para jemaah untuk menunaikan solat secara berjemaah di situ.

Mengambil keberkatan hasil sumbangan daripada para dermawan sekalian, marilah kita bersama dalam menyumbang sedikit sebanyak untuk merealisasikan objektif kempen ini. Nilai besar atau kecil bukanlah menjadi persoalan utama, apa yang penting adlah niat kita dalam memberikan sumbangan tersebut secara ikhlas untuk kebaikan umat Islam.


Sumbangan yang berjaya dikumpul yang lepas dan kempen kali ini merupakan kesinambungan daripada kempen yang lalu dalam kita mencukupkan dana.
Insya-Allah berkat usaha kita semua, ianya akan menjadi asbab kebaikan bukan sahaja kepada diri kita, malah, kepada seluruh ahli keluarga kita sekali. Setiap sumbangan daripada sahabat sekalian amatlah kami hargai dan tanpa usaha kita semua, kempen ini tidak mungkin akan berjaya. Semoga Allah membalas kebaikan sahabat-sahabat yang telah menyumbang dan memastikan kempen ini berjaya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda.
Jom #BuatBaik!
Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini