Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERSATUAN KHIDMAT SRIKANDI JANNAH
Dimulakan pada Jan 15, 2025
RM275 / 0.55 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
12 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran atas nikmat kurniaanNya kepada kita semua. Semoga semuanya beroleh rahmat, keberkatan dan hidayah dari Allah SWT. Tujuan utama kempen adalah untuk menaiktaraf surau lama yang agak lusuh. Surau ini digunakan untuk aktiviti kafa anak-anak di kawasan Triang.Ini bertujuan untuk keselesaan anak-anak yang belajar mengaji dan belajar solat di surau ini.


Insya-Allah, Surau Srikandi akan melalui proses baik pulih sewaktu cuti persekolahan ini iaitu melibatkan kerja-kerja penggantian tingkap yang pecah dan karpet surau yang lusuh,memperluaskan ruangan solat wanita serta memasang langsir dan beberapa hiasan dalaman dan luaran surau.

Jadi, saya merayu sedikit sumbangan ikhlas daripada orang ramai bagi menampung kos kerja-kerja baik pulih berkenaan. Moga dengan sumbangan tersebut menjadi asbab untuk tuan puan mendapat rahmat dan kasih sayang dari-Nya. Kos keseluruhan untuk projek ini ialah RM30,000.

Jika misalnya wang derma satu ringgit itu diumpamakan sebagai sebiji benih, bermakna apabila kita bersedekah satu ringgit, satu ringgit itu akan tumbuh berkembang menjadi tujuh ringgit. Setiap satu ringgit dari tujuh ringgit itu pula akan menghasilkan seratus ringgit. Ini bermakna seratus darab dengan tujuh akan menghasilkan jumlah tujuh ratus ringgit. Begitulah, keistimewaan orang yang bersedekah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami


Sumbangan semua kami telah memasang sepruh mozek utk surau,mohon bantuan dana tambahan untuk kami menyiapkan surau utk kegunaan anak-anak.









Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 16, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 16, 2025