PERTUBUHAN KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN

Dimulakan pada Apr 05, 2024

GANDAKAN PAHALA MENGALIR UNTUK IBU AYAH DENGAN INFAQ PEMBINAAN MASJID

RM2,538 / 25.38 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

126 Penyumbang

91 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Dana masih tidak mencukupi untuk membaikpulih Masjid Ibadussalam. Perlukan dana segera agar keadaan dalam masjid tidak menjadi lebih parah.


Masjid Ibadussalam terletak di Timur Utara Nong Khai, Thailand. Masjid ini telah digerakkan projeknya sejak tahun 2016 dan siap separa di tingkat bawah pada tahun akhir 2018. Masjid ini telah dibangunkan oleh Yayasan As-Salam wilayah Khon Khaen yang digerakkan oleh seorang mudir bernama Ustaz Osman yang berhijrah dari selatan Fathoni untuk menyebarkan dakwah di utara dan timur Thailand. Kerana kekurangan dana, masjid ini terhenti seketika proses pembangunannya akan tetapi program dakwah dan pengimarahan masjid tersebut tetap berjalan seperti biasa.



MASJID INI PERLU BAIK PULIH DAN PEMBINAAN SAMBUNGAN SEGERA


Nong Khai merupakan salah satu negeri di Timur Utara Thailand yang letaknya 900 km daripada bandar Bangkok. Nong Khai juga terletak bersebelahan dengan Negara Laos yang mana jaraknya sekitar 20 km sahaja daripada sempadan negara antara Thailand dan Laos.



Masjid Ibadussalam ini menjadi wadah dan pembangunan Islam khususnya buat warga Muallaf yang berada di sekitar Nong Khai, jiran bersebelahan wilayah Udon Thani dan Khon Kaen. Semarak penyebaran syiar Islam di Bumi Timur Utara Thailand ini semakin berkembang pesat.



Setiap tahun ada peningkatan keluarga dan individu yang memeluk Islam dan menariknya semakin banyak komuniti Not Yet Muslim yang bertanya-tanya dan datang ke Masjid Ibadussalam ini untuk mengenal Islam. Selain tempat ibadah, Masjid Ibadussalam juga terkenal dengan jolokan Pusat Dakwah Islam Nong Khai yang memberi ruang kepada bukan Islam mengenal Islam.




Sebelum ini masjid mengalami keretakan dan mendapan akibat air hujan yang melimpahi lantai 1. Apabila waktu hujan, sering kali air memasuki kawasan ruang solat tingkat 1. Semua ini berpunca akibat bumbung dan atap tidak dapat dipasang kerana kekurangan dana.



Gambar atas menunjukkan air masih bertakung akibat limpahan hujan memasuki ruang solat utama. Gambar di bawah pula menunjukkan syiling tingkat satu sudah berlumut akibat serapan air dari celahan-celahan dinding yang merekah.




Sedikit pengubahsuaian sedang dilaksanakan dan proses baik pulih dijangka mengambil masa 3 bulan sahaja sekiranya dana mencukupi.



Bagi fasa baik pulih dan penerusan projek ini, Masjid Ibadussalam memerlukan dana yang melibatkan:


1. Atap Bumbun

2. Pemasangan Syiling

3. Kayu tambahan

4. Batu-bata

5. Simen dan bancuhan

6. Upah pekerja

7. Kos pembelian barang mentah

8. Lain-lain kos



Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:


“Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat beri faedah dan anak soleh yang mendoakannya.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 30, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2024

NURUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM11.00

Apr 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 19, 2024