Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Sep 12, 2025
RM1,545 / 15.45 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
91 Penyumbang
40 Baki Hari
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, sahabat -sahabat yang dirahmati Allah.
Masjid Parit Sangit telah diuji dengan ujian yang berat. Akibat hujan lebat dan ribut kencang baru-baru ini, bumbung masjid mengalami kebocoran yang serius. Air hujan membanjiri ruang solat utama sehingga merosakkan karpet, dinding dan siling. Keadaan ini bukan sahaja menyukarkan jemaah untuk beribadah dengan selesa, malah mengancam keselamatan struktur masjid.



Masjid adalah rumah Allah, tempat kita sujud, memohon keampunan, dan mengukuhkan ukhuwah. Kini, rumah Allah ini memerlukan bantuan kita.
Kempen ini adalah untuk mengumpulkan dana bagi tujuan berikut,
1. Pembaikan bumbung masjid secara menyeluruh untuk mengelakkan kebocoran berulang.
2. Penggantian karpet yang telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi.
3. Pembaikan kerosakan pada siling dan dinding.
4. Kos penyelenggaraan lain yang diperlukan.



Setiap sumbangan anda, walau sekecil mana pun, adalah permata yang sangat berharga. Mari bersama-sama kita gandakan pahala dengan menyumbang untuk pemulihan rumah Allah ini.
Rasulullah SAW bersabda, 'Sesiapa yang membina sebuah masjid kerana Allah, Allah akan bina untuknya sebuah rumah di syurga.'
Inilah peluang kita untuk mendapat ganjaran yang besar.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 12, 2025