DANA BAIK PULIH BANGUNAN MATIZ UNTUK KESELAMATAN PELAJAR PEREMPUAN TAHFIZ

RM16,804

Telah terkumpul

690 Penyumbang

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantu kami untuk mendapatkan dana baik pulih asrama pelajar perempuan. Usaha ini untuk malaksanakan kos baik pulih hampir RM700,000 sebelum pertengahan tahun 2024 ini demi keselamatan dan keselesaan.

Lebih 15 orang pelajar tahfiz perempuan yang terdiri daripada golongan asnaf yang sedang menjalani pembelajaran di Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah, Bukit Lanchong, Shah Alam (MATIZ). Mereka hidup dan belajar di dalam bangunan yang tidak selamat untuk didiami dan sering diabaikan oleh masyarakat sekeliling.



Sedangkan…


“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.”

(Surah Ali-Imran: 92)


Seandainya tiada bantuan segera, mungkin sampai satu tempoh bangunan tahfiz ini akan runtuh sendiri tanpa diduga dan sekaligus menggugat keselamatan anak-anak tahfiz perempuan di sini..



Lebih menyedihkan adalah, dari luar kita lihat bangunan mereka ini cantik dan selesa. Namun siapa sangka, saat kami menyantuni sendiri tahfiz anak-anak ini, kami sendiri terkejut dan bimbang akan keselamatan mereka di sini.



Bayangkan jika ini berlaku pada anak-anak, keluarga mahupun sahabat kita. Inilah hakikat yang mungkin ramai tidak nampak.



Di saat kita mempunyai kemudahan tempat tinggal dan belajar mahupun bekerja di bangunan yang selesa, namun anak-anak tahfiz perempuan ini terus hidup dalam dalam ketakutan dan tekanan. Kami sebagai wakil sumbangan.com berkali-kali menerima rayuan bantuan dari tahfiz ini untuk usaha selamatkan bangunan anak-anak tahfiz di sini.


Wajah-wajah anak-anak tahfiz yang baru dan ada yang dah lama namun kembali berkhidmat untuk perjuangan melahirkan lebih ramai anak tahfiz yang boleh berkhidmat untuk masyarakat pada masa akan datang.


Oleh itu dengan ihsan yang prihatin, pihak sumbangan.com telah menganjurkan kempen “Dana Baik Pulih Bangunan MATIZ Untuk Keselamatan Pelajar Perempuan Tahfiz” yang amat memerlukan saat ini agar impian untuk memberikan keselesaan dan keselamatan buat anak-anak ini dapat direalisasikan selewat-lewatnya sebelum akhir 2024 ini.


Laluan saluran air hujan yang sempit dan berlakunya kebocoran di tepi dinding (air hujan yang meresap di tanah mengakibatkan air keluar dari tepi-tepi dinding)


Kawasan tapak untuk letak khemah namun terpaksa dihentikan kerana terdapat air yang memgalir dari tepi dinding (air tanah bawah bangunan) yang membasahi kawasan lapang tahfiz.


Gazebo yang berdekatan dengan asrama pelajar perempuan yang sering menjadi tempat monyet liar bermain dan mengakibatkan atap banyak yang dah jatuh dan bimbang akan terkena pada pelajar tanpa diduga.


Tembok yang tinggi yang paling merisaukan tahfiz oleh kerana di sebelahnya adalah kawasan tanah yang mendap dan barangkali takut runtuh tiba-tiba. Dinding berkulat sebab terkena air hujan malah berlaku juga air yang keluar dari tepi-tepi dinding.


Antara kebocoran yang terdapat di asrama pelajar perempuan. Kalau ikutkan banyak lagi kesan tompokan air hujan seperti yang dalam gambar ni sehingga mengakibatkan berlakunya kulat di bumbung tersebut.



Kebocoran air yang keluar dari belakang bangunan pejabat (air dari tanah mendap) sehingga pada waktu siang pon masih mengalir sehingga menyebabkan banjir di pejabat dan sehingga kini tidak dapat digunakan pejabat tersebut.

Ramai yang tidak tahu, realitinya banyak sebenarnya kebocoran, kerosakan, gangguan haiwan liar dan keseumbatan longkang serta loji bangunan tahfiz ini yang sering dihadapi oleh anak-anak tahfiz di sini atas faktor kurangnya pendedahan dan keyakinan orang ramai untuk menyumbang.


Bayangkan, yang lebih menyedihkan dan membimbangkan, setiap masa mereka dalam keadaan tekanan dimana mereka takut sekiranya terjadi sebarang gangguan keselamatan yang tidak diingini ketika mereka berada di sini.


Laluan ke kelas, pejabat dan surau namun seperti yang anda lihat dalam gambar ini selepas dicuci. Kalau ikutkan sebelum ni, banyak air yang mengalir oleh kerana air yang keluar dari tanah belakang bangunan ini. 


Secara purata, lebih RM700,000 yang diperlukan bagi menampung kos baik pulih bagi keseluruhan tahfiz perempuan ini dan pertukaran nama kawasan tahfiz ini yang perlu diselesaikan segera.


Perbelanjaan besar ini meliputi kos baik baik pulih kebocoran, kerosakan, atasi masalah gangguan haiwan liar, longkang dan loji asrama yang sering tersumbat oleh faktor loji yang dibuat sebelum ini terlalu kecil serta kos untuk pertukaran nama kawasan tahfiz yang meliputi kos guaman yang memerlukan sebanyak RM60,000.


Jadi, marilah kita bersama-sama membantu hilangkan ketakutan dan tekanan yang dialami oleh anak-anak tahfiz di sini!


Wajah-wajah anak-anak tahfiz perempuan yang mengharapkan keselamatan bangunan tahfiz mereka di sini untuk keselesaan mereka dan pelajar-pelajar lain yang akan masuk ke sini tak lama lagi.


Semoga asbab kita menghulurkan sedikit sebanyak sumbangan buat anak-anak tahfiz yang tengah berusaha untuk menjadi penghafal Al-Quran ini baik secara harian, mingguan, bulanan mahupun tahunan melalui misi ini, segala kesulitan yang kita lalui dalam hidup kita akan dipermudahkan dengan semudah-mudah urusan. In shaa Allah.


Genggaman tangan anak-anak di sini meskipun banyak dugaan yang mereka hadapi di sini, namun ukhwah dan semangat anak-anak ini untuk terus belajar agama di sini tetap tidak berputus asa.


Doa Kami Buat Anda!


“Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa para penyumbang ini, penderma yang mewakafkan sebahagian harta dunia mereka, dosa kedua ibu bapa dan seluruh keluarga mereka. Kurniakanlah mereka dengan kecukupan rezeki yang tidak putus serta dipermudahkan segala urusan yang mereka usahakan selama ini..”


Amin Ya Rabbal ‘Alamin


In shaa Allah, anak-anak tahfiz yang menerima manfaat ini akan kembali menyebarkan manfaat kepada masyarakat serta ummah pada masa akan datang.



Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM5.00

May 15, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM5.00

May 14, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 14, 2024

ZAINUDDIN BIN DAUD

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 13, 2024