Setelah 15 tahun menanti, akhirnya bangunan asrama wanita ini sah menjadi milik Persatuan Kebajikan Nur Ehsan pada hujung 2025 dengan kos RM1.2 Juta. Namun, kegembiraan ini dibalut duka kerana keadaan asrama yang sangat uzur dan sesak. Kami perlukan bantuan anda untuk memulihkan maruah dan keselesaan 60 ibu-ibu tua di sini.

Rumah Nur Ehsan: Teduhan Terakhir Buat Yang Terpinggir
Ditubuhkan sejak 2009, kami kini menjaga lebih 110 nyawa yang rata-ratanya berusia 50 tahun ke atas:
1. Warga Emas Wanita: 60 Orang
2. Warga Emas Lelaki: 50 Orang

Mereka datang dari latar belakang yang menghiris hati, gelandangan, mualaf sebatang kara, asnaf, dan paling ramai adalah mangsa pengabaian yang ditinggalkan terus oleh anak-anak sendiri. Di asrama wanita inilah satu-satunya tempat mereka bergantung nyawa sehingga ke hujung hayat.

Selama 5 tahun kami tidak dibenarkan mengubah suai bangunan kerana proses pembelian. Kini, setelah bangunan sah milik persatuan, kami perlu segera bertindak sebelum kejadian tidak diingini berlaku:
1. Dorm Sesak & Bahang: 60 penghuni berkongsi ruang yang sangat padat. Pengudaraan tidak lancar menyebabkan mereka sering kepanasan dan tidak selesa untuk berehat.
2. Makan Kena Bergilir: Ruang makan hanya muat 30 orang. Ibu-ibu tua ini terpaksa menunggu giliran hanya untuk makan kerana ruang yang terlalu kecil.
3. Bumbung Menunggu Masa Untuk Runtuh: Struktur bumbung sudah terlalu reput. Kami sangat risau jika ia runtuh menimpa penghuni yang sudah tidak kuat untuk berlari menyelamatkan diri.
4. Masak Di Luar Rumah: Ruang dapur asal sudah tidak selamat digunakan (bumbung pernah jatuh). Kini, petugas terpaksa memasak di ruang terbuka di luar bangunan.
5. Solat Di Tepi Katil: Kerana tiada surau, mereka terpaksa solat di ruang sempit sebelah katil. Tiada ruang tenang untuk mereka berjemaah dan mengaji bersama.

Kami menyasarkan kutipan sebanyak RM150,000 untuk diselesaikan sebelum akhir Ramadan ini agar ibu-ibu di sini dapat menyambut Syawal dengan selesa.
Dana ini akan digunakan untuk:
1. Meluaskan Dorm: Memberi ruang pengudaraan yang lebih sihat.
2. Besarkan Ruang Makan & Aktiviti: Supaya semua boleh makan serentak dan buat program ilmu tanpa berhimpit.
3. Bina Dapur Baharu: Ruang memasak yang lebih selamat dan sempurna.
4. Tukar Keseluruhan Bumbung: Mengganti struktur reput demi keselamatan nyawa.
5. Bina Surau Kecil: Hadiahkan mereka ruang ibadah yang tenang untuk menghabiskan sisa usia dengan pengabdian kepada Allah.

Tanpa bantuan anda, keadaan menyedihkan ini akan terus berlarutan.
Pihak persatuan tidak mempunyai dana tetap bulanan yang besar untuk kos baik pulih. Kami sangat berharap pada ihsan anda. Walaupun RM1 atau RM5, jika kita kumpul bersama, ia mampu membina surau dan mengganti bumbung buat mereka.

Semoga setiap sen yang anda berikan menjadi pelindung di padang mahsyar kelak. Terima kasih kerana sudi menjadi "anak" dan "keluarga" kepada warga emas yang telah dilupakan ini.
"Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat."
(HR Muslim)
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini