MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada May 01, 2025

HADIRKAN PAHALA YANG MENGALIR DALAM SEDEKAH BAIK PULIH PENAPIS AIR

RM282 / 9.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

24 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Dengan RM10 sahaja, anda boleh bantu sediakan penapis air bersih untuk mereka. Setiap titisan yang mengalir, jadi amal jariah yang tak putus buat anda.


Air merupakan sumber terpenting kepada kehidupan ini.Setiap insan, tumbuhan dan haiwan memerlukan air untuk kelangsungan hidup. Pihak maahad mengajak muslimin dan muslimat untuk bersama-sama berinfaq atau bersedekah demi menyediakan kemudahan akses air minuman bersih kepada warga maahad tahfiz di sini. 



Alhamdulillah, melalui sumbangan daripada kalian pada kempen infaq penapis air yang lalu dalam platform sumbangan.com ini dapat membantu kami dalam pembelian penapis air serta membiayai kos servis penapis air. Kebanyakan penapis air di sini sudah selesai pembayarannya.



Walau bagaimanapun, terdapat dua buah penapis air yang belum selesai pembayaran dan ada penapis air yang lama yang telah selesai pembayarannya tetapi mengalami kerosakan.Sehubungan itu, pihak kami memerlukan dana untuk menyelenggara dan baikpulih penapis air yang lama dan uzur.



Penapis air ini mampu membekalkan air minuman bersih yang sejuk sekaligus memberi kelegaan dan keselesaan kepada anak-anak tahfiz yang menuntut ilmu disini.Hal ini dapat memberi semangat untuk mereka beribadah dan menghafal Al-Quran. Jom alirkan pahala sedekah kita dengan berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan. Semoga setiap sumbangan ini menjadi asbab keberkatan hidup dan diberikan kesembuhan segala penyakit .


"Sedekah terbaik adalah memberi air minum." (HR. Ahmad)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 07, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 07, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 07, 2025

MOHD SUFIAN BIN ABDILLAH

Menyumbang sebanyak RM20.00

May 06, 2025

MUHARIZAM MUSLEH

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 06, 2025

Kempen Sumbangan Tamat