BANTUAN BAIK PULIH RUMAH ASNAF JOHOR

RM445 / 14.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

30 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTULAH ASNAF YANG MEMERLUKAN RUMAHNYA DIBAIKPULIH. BUMBUNG YANG TELAH BOCOR, DINDING YANG TELAH REPUT, PINTU YANG MULAI TERTANGGAL. SESUNGGUHNYA PAHALA KITA MENGALIR DALAM SETIAP BANTUAN


Assalamualaikum. Desawarsa ini akibat pendemik Covid19 dan seterusnya kenaikan inflasi di negara kita menyebabkan ramai rakyat terkesan. Apatah lagi dikalangan warga asnaf yang sememangnya menjalani kehidupan yang sukar. Kehidupan menjadi semakin sukar dan pudar. Mencari sesuap nasi dan meletakkan hidangan di atas meja menjadi suatu tugas yang amat berat bagi mereka.



Sedangkan mahu mencari rezeki pun mereka melalui jalan yang berliku apatah lagi membaiki tempat mereka berlindung. Sehubungan dengan itu pihak Persatuan Kebajikan Prihatin Rakyat Batu Pahat terpanggil untuk membantu golongan ini. Kami dapat mengenalpasti seorang warga asnaf bernama Pakcik Abdul Ghani yang mempunyai masalah untuk membaiki rumahnya akibat kekangan kewangan. Beliau memerlukan bantuan untuk membaiki bumbung dan dinding serta tandas rumahnya yang semakin uzur dan usang. Pihak PKPR mengambil inisiatif untuk membantu beliau membaiki keadaan rumahnya.



Dengan bantuan yang bakal dihulurkan maka keadaan rumah Pak Cik Abdul Ghani dapat diperbaiki dan membolehkan beliau dan keluarganya tinggal dengan lebih selesa. Dan Pak Cik Abdul Ghani dapat menumpukan perhatian untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupannya dan keluarga.




Rasulullah bersabda

"Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat" Hadith Riwayat Muslim


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ROBYAH TYA YUSOFF

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 09, 2022

FIQNIQ CONSEP ENTERPRISE

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 02, 2022

Kempen Sumbangan Tamat