Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Para dermawan dan penyumbang yang dimuliakan Allah, satu hari sebelum Aidilfitri, iaitu pada 1/5/2022 Biro Kebajikan PERKIM BTP telah menziarahi saudara Md Yunus dan keluarga di Ijok, Selangor, iaitu satu keluarga asnaf miskin. Ketika program ziarah ini PERKIM BTP telah menghulurkan sedikit sumbangan barang dapur dan sedikit bantuan wang tunai.

Ketua keluarga iaitu En Yunus adalah pesakit jantung dan sedang sengsara kerana pendarahan usus yang kronik. Beliau sudah terlantar di katil selama 10 tahun dan perlu memakai lampin sepenuh masa. Beliau perlu rawatan berterusan di hospital tetapi sering kali tidak mampu ke hospital kerana tiada wang dan pengangkutan. Dahulu ketika sihat, beliau seorang yang rajin mencari nafkah dengan membuat pelbagai kerja termasuk ambil upah potong rumput.
Isteri pula pesakit kencing manis di mana satu jari kaki telah pun dipotong. Isteri juga terpaksa menjaga suami, oleh itu tidak boleh bekerja. Dua orang anak perempuan mereka pula, seorang menunggu keputusan SPM dan seorang lagi baru tingkatan 4 dan masih belajar di sekolah.

Mujurlah ada bantuan bulanan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS), namun hanya cukup untuk kelangsungan hidup. LZS ada membuat pertimbangan untuk membaik pulih rumah beliau, tetapi status tanah belum menjadi hak milik isteri kerana isteri adalah anak angkat arwah bapa angkat.
Hasil pemerhatian kami, syiling rumah ini dalam keadaan amat dhaif dan amat membimbangkan. Ia boleh roboh bila-bila masa dan mengancam keselamatan keluarga ini. Keadaan rumah mereka juga amat dhaif sekali, atap bocor di sana sini, lantai juga berlubang.

Oleh itu, PERKIM BTP ingin membantu membaik pulih syiling dan beberapa kerosakkan teruk rumah mereka ini. Seorang kontraktor binaan kampung bersedia membaik pulih dengan kos bawah RM4,000.

Ayuh, menyumbanglah seikhlas hati! Amat besar ganjaran pahala membantu hamba Allah yang memerlukan tempat berteduh lebih selesa dan lebih selamat.
Semoga Allah memberi kemurahan rezeki kepada para penyumbang yang dermawan!

Assalamu'alaikum, semalam AJK PERKIM BTP bersama kontraktor kedua telah melawat rumah asnaf ini sekali lagi untuk mengukur dan menilai kerosakan syiling dan membuat anggaran kos membaik pulih. Hasil lawatan semalam mendapati kerosakan makin teruk, syiling sudah mula runtuh di beberapa tempat dalam rumah ini.
Kepada anda yang telah menyumbang, kami doakan semoga diterima oleh Allah dan dimurahkan rezeki.
Dana untuk membaik pulih rumah ini masih jauh dari sasaran minima dan hasil lawatan semalam mendapati dana diperlukan adalah lebih dari yang dijangka sebelum ini.
Kami menyeru dan merayu kepada anda yang budiman, marilah kita menyumbang seikhlas hati untuk membaik pulih rumah asnaf ini. Dua anak mereka yang masih bersekolah memerlukan semangat untuk meneruskan pendidikan mereka supaya satu hari nanti mereka boleh bawa ibubapa mereka keluar dari kemiskinan.
Ayuh tuan / puan yang dirahmati Allah.
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini