PERTUBUHAN KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN

Dimulakan pada Apr 27, 2023

BAIK PULIH RUMAH PAK CIK ALI ASNAF OKU DEMI KEGEMBIRAAN BERSAMA

RM883 / 4.42 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

48 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pak Cik Ali tinggal berseorangan di satu pondok usang yang merupakan ihsan komuniti di situ untuk beliau mendirikan rumah sementara akan tetapi sangat usang dan perlukan pembaikan.Jom bantu beliau!


Pak Cik Ali tinggal berseorangan di Rumah Sementara beliau yang beliau bina sendiri daripada hasil pekerjaan beliau yang disimpan selama ini secara beransur-ansur. Rumah yang Pak Cik Ali di diami sekarang ini menunggu tempoh masa diroboh dan berpindah ketempat lain. Saiz rumah beliau sangat kecil berukuran 6x10 kaki dan sangat sempit sehinggakan tiada ruang untuk tetamu masuk ketika mengunjungi beliau baru-baru ini.



Rumah kita semua berdiri teguh sehinggakan adanya bertingkat-tingkat dan mempunyai kolam renang peribadi. Kita bandingkan dengan Pak Cik Ali, rumah beliau sangat dhaif dan perlu berpindah segera sebelum dirobohkan oleh pihak PBT kerana tanah yang beliau dirikan rumah sekarang telah memasuki tanah rizab kerajaan.




Ini bukan kisah rekaan atau situasi di negara lain. Tetapi inilah kehidupan sebenar yang terpaksa dilalui oleh mereka. Sudahlah wang upah hasil bekerja setiap hari hanya cukup-cukup makan sahaja, inikan pula mahu membeli barangan rumah mahupun mencantikkan keadaan rumah yang sudah usang dan uzur.



KENAPA KITA PERLU MEMBANTU DAN BERINFAQ?


1. Tiada sumber pendapatan tetap untuk membayar sewa dan kos utiliti lain secara konsisten.

2. Tandas rosak dan sistem pengairan dan saliran yang kurang bagus.

3. Rumah yang terlalu usang dan mengunggu masa untuk roboh.

4. Mengelakkan binatang buas dan berbisa daripada memasuki ruang rumah.

6. Supaya dapat membantu lebih banyak golongan asnaf yang memerlukan.



 “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud” (Hadis Riwayat al-Tirmizi)


Oleh itu, B-Humanity menyeru orang ramai untuk turut serta bagi membantu baik pulih rumah miskin tegar dan asnaf dari serata lokasi yang mengalami kerosakan disebabkan faktor bencana alam atau keuzuran usia, dengan hanya berbekalkan infaq serendah RM10.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

  • Oct 11, 2023


  • Oct 11, 2023


Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM33.00

Aug 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 06, 2023

NABILLA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 10, 2023

Kempen Sumbangan Tamat