PERTUBUHAN KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN

Dimulakan pada Apr 28, 2023

BAIK PULIH SURAU HILIR SERIAN

RM755 / 3.02 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000

50 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Baik pulih Surau Hilir Serian di kawasan luar bandar. Semasa lawatan Ramadan yang lalu, Tim BH mendapati banyak kerosakan dan penambahbaikan yang perlu disegerakan demi keselesaan jemaah dan ibadah.


Sekiranya anda semua lihat gambar-gambar keadaan surau yang kami tinjau, rata-ratanya keadaan surau ini sangat uzur dan dhaif serta tidak boleh dibayangkan bagaimana masyarakat disana masih boleh menggunakan khidmat surau tersebut walaupun sudah uzur dan terlalu usang. Hampir kebanyakan surau yang kami lawat juga sudah mengalami banyak kerosakan dan perlu dibaik pulih dengan segera.



Walaubagaimanapun, mereka tidak pernah kecewa dan menjadikan ia sebagai alasan untuk tidak terus beribadah dan terus mengimarahkan Rumah Allah meskipun kedengaran azan sayup-sayup di telinga dek kerana sistem pembesar suaranya sudah lama uzur disamping lantainya diperbuat daripada kayu sehingga sekarang belum pernah ditukar walupun sudah masuk 50 tahun usianya.


"Surau ini memang nampak je dari luar macam kuat, tetapi sebenarnya sudah uzur dan bila-bila masa sahaja tunggu masa untuk roboh. Banyak lantai yang sudah pecah dan merekah, dindingnya juga rapuh serta beberapa atap yang sudah bocor." (Ustaz Aizat)



Saudara muslim kita yang berada di luar bandar dan pedalaman Sarawak memerlukan keprihatinan rakyat Malaysia. Membantu projek baik pulih surau-surau dhaif khususnya di pedalaman dan luar bandar sebenarnya dapat membantu masyarakat di sana dalam mendapatkan keselesaan, kemudahan dan sekaligus melancarkan proses aktiviti keagamaan mahupun kemasyarakatan di sana.



Jika anda tengok gambar-gambar keadaan surau di bawah, anda boleh bayangkan keadaan surau-surau di kawasan luar bandar dan pedalaman yang telah kami lawati semasa misi bantuan pasukan B-Humanity ke Sarawak pada Ramadan yang lalu. Keadaan surau-surau di pedalaman ini uzur dan mengalami banyak kerosakan.


Daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Tempat yang paling disukai Allah di dalam sesuatu negeri itu ialah masjid-masjidnya."



Infaq ialah suatu yang diberikan untuk kepentingan dan kegunaan orang ramai dengan tujuan untuk mendapatkan kebaikan dan keredhaan Allah SAW. Amalan berinfaq merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang dijanjikan ganjaran pahala oleh Allah selagi mana harta yang diinfaqkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai. Ganjaran pahalanya akan terus berkekalan walaupun penginfaq itu telah meninggal dunia.




Ruang solat dibahagian bawah yang sering dimasuki air ketika banjir setiap tahun menyebabkan banyak kerosakan dan dinding menjadi pecah dan berlubang.



Tahap-tahap baik pulih dan pembangunan


Pada fasa pertama, Tim memfokuskan tahap baik pulih samada merobohkan semula atau menukar baru perkara asas surau seperti atap, bumbung, lantai, dinding, tingkap dan pintu yang sudah rosak. Kemudian, membaik pulih tandas dan membina sistem pengairan serta pempaipan atau pun sistem tangki air simpanan untuk memudahkan para jemaah mengambil wudu' dalam keadaan mudah dan selesa.


Fasa ketiga, melengkapkan keperluan surau seperti sistem eletrik ataupun sistem solar. Akhir sekali, melengkapkan keperluan dalaman surau seperti Al-Quran, alat pembesar suara, sistem siaraya, sejadah, telekung, tikar, kipas dan lain-lain keperluan surau.



Di kesempatan ini, pihak yayasan ingin mengajak muslim dan muslimat sekalian untuk bersama-sama menghulurkan tangan bersama-sama menjayakan projek baik pulih dan pembangunan surau di pendalaman ini. In Shaa Allah semoga Allah memberkati usaha murni kita ini. Sekiranya jumlah kutipan sumbangan telahpun mencapai sasaran bagi fasa pertama, lebihan dana tersebut akan digunakan untuk baik pulih surau/masjid yang lain atau akan dibawa ke fasa kedua.




Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:


“Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat beri faedah dan anak soleh yang mendoakannya.” (Hadis Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 11, 2023

Kempen Sumbangan Tamat