INFAQ BAIK PULIH SURAU KHUSUS DI KAWASAN PEDALAMAN SARAWAK FASA 2

RM2,135 / 12.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM17,500

58 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Peluang untuk sahabat-sahabat sekalian dalam membantu memperkukuhkan rumah ibadah umat Islam di pedalaman Sarawak. Semoga kempen ini akan berjaya dalam kita bersama membuat saham akhirat.


Kebanyakan surau ini memerlukan perhatian khusus untuk menukar beberapa peralatan yang telah usang dan juga menambah beberapa peralatan lain berikutan keadaan semasa yang tidak sama seperti dahulu. Mungkin dahulu penggunaan satu unit mikrofon sudah mencukupi, namun kini pihak surau memerlukan lebih dari satu unit.



Paling menyedihkan ialah apabila kami menjalankan program sumbangan beras dan bakul makanan di kawasan luar bandar ini, kami melihat sendiri bagaimana ketika hujan, air akan mengalir melalui lubang atap yang bocor. Hal ini disebabkan keadaan surau tersebut yang agak usang dan sememangnya memerlukan perhatian segera untuk dibaikpulih agar ianya menjadi keselesaan bagi umat Islam yang menggunakan surau berkenaan.



Kami tidak mempunyai kekuatan yang kuat, namun sedikit sebanyak kami cuba membantu surau yang terletak di Pulau Bruit tersebut untuk menukar bahagian siling surau berkenaan yang usang dan membahayakan jemaah. Barangan kami yang akan belikan dan AJK surau serta penduduk kampung bergotong-royong untuk menyiapkannya agar ianya dapat memberikan keselesaan kepada jemaah. Penduduk kampung bersama dalam membantu untuk meringankan kerja tersebut dan bekerjasama agar surau di kawasan berkenaan dapat digunakan dalam keadaan yang selamat.


Kami dari pihak persatuan merayu jasa baik tuan dan puan yang dermawan sekali untuk membantu hasrat kami ini agar kita dapat memastikan lebih banyak surau di kawasan pedalaman ini akan dapat dibaiki mana yang kurang bagi keselesaan jemaah kita.



Insya-Allah berkat usaha kita semua, ianya akan menjadi asbab kebaikan bukan sahaja kepada diri kita malah kepada seluruh ahli keluarga kita sekali.



Hasil kutipan pada fasa 1 yang berjaya dikumpulkan


Setiap sumbangan daripada sahabat-sahabat sekalian amatlah kami hargai dan tanpa usaha kita semua, kempen ini tidak mungkin akan berjaya. Semoga Allah membalas kebaikan sahabat-sahabat yang telah menyumbang dan memastikan kempen ini berjaya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda. Jazakumullahu khair.


“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 01, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 01, 2023

HISHAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 31, 2023

Kempen Sumbangan Tamat