INFAQ BAIK PULIH SURAU KHUSUS DI KAWASAN PEDALAMAN SARAWAK FASA 3

RM850 / 17.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

53 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Peluang untuk sahabat-sahabat sekalian dalam membantu memperkukuhkan rumah ibadah umat Islam di pedalaman Sarawak. Semoga kempen ini akan berjaya dalam kita bersama membuat saham akhirat.


Sumbangan fasa 3 ini dilancarkan sebagai kesinambungan untuk meneruskan fasa yang sebelumnya di mana sasaran kutipan belum mencapai seperti yang diperlukan. Selain itu ianya juga bertujuan untuk mengutip dana tambahan bagi memastikan pembaikan masjid atau surau yang usang di pedalaman Sarawak khususnya di kawasan Zon Tengah dapat dilaksanakan dengan segera untuk kemudahan penduduk di situ.


Kebanyakan surau ini memerlukan perhatian khusus untuk menukar beberapa peralatan yang telah usang dan juga menambah beberapa peralatan lain berikutan keadaan semasa yang tidak sama seperti dahulu. Mungkin dahulu penggunaan satu unit mikrofon sudah mencukupi, namun kini pihak surau memerlukan lebih dari satu unit.



Siling rosak akibat keadaan atap yang bocor yang memerlukan penggantian segera bagi mengelakkan lebih buruk berlaku.



Tempat wudhu yang memerlukan tempat yang lebih selesa bagi kegunaan jemaah terutama mereka yang berusia.


Persekitaran tepi surau yang memerlukan perhatian segera untuk keselematan para jemaah di situ.


Surau Hilir Serian, Sarawak


Hasil kutipan pada fasa 2 yang akan dikumpul untuk memanfaatkan surau berkenaan sekiranya jumlah telah mencukupi

InsyaAllah berkat usaha kita semua, ianya akan menjadi asbab kebaikan bukan sahaja kepada diri kita malah kepada seluruh ahli keluarga kita sekali. Setiap sumbangan daripada sahabat-sahabat sekalian amatlah kami hargai dan tanpa usaha kita semua, kempen ini tidak mungkin akan berjaya. Semoga Allah membalas kebaikan sahabat-sahabat yang telah menyumbang dan memastikan kempen ini berjaya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda. Jazakumullahu khair.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NAJIHAH ZAINAL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 06, 2023

NRWB

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 05, 2023

Kempen Sumbangan Tamat