SUMBANGAN BAIK PULIH PERALATAN SURAU YANG USANG

RM1,785 / 11.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

99 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Peluang untuk sahabat-sahabat sekalian dalam membantu memperkukuhkan rumah ibadah umat Islam di pedalaman Sarawak. Semoga kempen ini akan berjaya dalam kita bersama membuat saham akhirat.


Kebanyakan surau ini memerlukan perhatian khusus untuk membaiki tempat wudhu dan tandas di mana ianya akan memberikan lebih keselesaan kepada para jemaah yang hadir beribadah di situ. Hal ini penting dan mustahak berikutan dengan adanya kualiti yang ada pada kemudahan berkenaan, ianya akan lebih menarik perhatian para jemaah untuk menunaikan solat secara berjemaah di situ.



Tempat wudhu dan tandas yang perlu diberi perhatian untuk keselesaan para jemaah


Mengambil keberkatan hasil sumbangan daripada para dermawan sekalian, marilah kita bersama dalam menyumbang sedikit sebanyak untuk merealisasikan objektif kempen ini. Nilai besar atau kecil bukanlah menjadi persoalan utama, apa yang penting adalah niat kita dalam memberikan sumbangan tersebut secara ikhlas untuk kebaikan umat Islam.



Keadaan ruang solat yang perlu ditambah baik bagi keselesaan para jemaah yang hadir.



Keadaan luar surau yang perlu perhatian kita semua


Insya-Allah berkat usaha kita semua, ianya akan menjadi asbab kebaikan bukan sahaja kepada diri kita, malah, kepada seluruh ahli keluarga kita sekali. Setiap sumbangan daripada sahabat sekalian amatlah kami hargai dan tanpa usaha kita semua, kempen ini tidak mungkin akan berjaya. Semoga Allah membalas kebaikan sahabat-sahabat yang telah menyumbang dan memastikan kempen ini berjaya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Dec 08, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 07, 2024

ASMELINDA ISMAIL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 06, 2024

Kempen Sumbangan Tamat