ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jun 11, 2025

SOKONG PROGRAM BAIK PULIH TANDAS DI PELOSOK NEGERI

RM370

Telah terkumpul

19 Penyumbang

Kongsi:

Tentang Kempen

Sokong program baik pulih tandasbadi pelosok negeri bersama ASAR Humanity. Sedekah anda hari ini, akan jadi sumber kebahagiaan buat mereka dan keberkatan tanpa henti buat anda.


Di ASAR Humanity, kami yakin bahawa kebersihan dan sanitasi yang baik adalah kunci kepada kesihatan yang berpanjangan terutamanya buat anak-anak yang sedang membesar di kawasan pedalaman.



Alhamdulillah, selama ini kami telah membina lebih daripada 50 telaga air bersih di seluruh Indonesia. Namun, dalam banyak lawatan kami ke pedalaman, kami dapati ada komuniti yang sudah ada sumber air bersih, tetapi masih tiada tandas dan tempat sanitasi yang selesa.


1. Ada anak-anak yang masih perlu ke hutan untuk buang air

2. Ada keluarga yang terpaksa mandi di sungai terbuka

3. Ada sekolah tahfiz yang berkongsi satu tandas usang untuk semua pelajar



Ini bukan hanya tentang kebersihan. Ini tentang maruah, kesihatan, dan keselamatan. Melalui kempen ini, ASAR Humanity komited untuk:


1. Membaik pulih dan membina semula tandas di kawasan pedalaman

2. Menyediakan tempat mandi dan bilik air yang selesa untuk anak-anak

3. Menambah baik sistem saliran agar air digunakan dengan lebih bersih dan selamat




Bayangkan setiap kali anak-anak itu ke tandas yang bersih dan selamat, anda mendapat pahala berterusan atas sedekah anda. Ini bukan sekadar membina tandas. Ini membina masa depan yang lebih sihat, selesa dan bermaruah untuk masyarakat yang memerlukan.


Ayuh, kita bina semula dengan kasih sayang dan empati. Sedekah anda hari ini, akan jadi sumber kebahagiaan buat mereka dan keberkatan tanpa henti buat anda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 24, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 06, 2025

MOHD ZHAKY BIN AMIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 24, 2025

MUHAMMAD FAHMI

Menyumbang sebanyak RM55.00

Jul 18, 2025

MUHAMMAD

Menyumbang sebanyak RM55.00

Jul 04, 2025