Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jan 08, 2025
RM360 / 12.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
19 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Van merupakan salah satu kenderaan yang penting dalam memastikan pelajar-pelajar kami dapat bergerak dengan baik dan selesa jika ada kegiatan di luar seperti pergi menunaikan solat Jumaat, jemputan solat jenazah, jemputan majlis doa selamat, rehlah, lawatan ilmiah, riadah dan sebagainya.

Namun begitu, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah tetap menunaikankan hajat orang ramai yang memerlukan khidmat kami walaupun kenderaan yang ada serba kekurangan dan semakin uzur. Sekarang ini, kami menghadapi kesukaran dalam memastikan keselamatan dan keselesaan kepada para pelajar. Keselamatan dan keselesaan mereka adalah keutamaan kami.

“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang soleh yang memohonkan ampunan untuknya (ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya”
(Riwayat al-Muslim)

Akhir kata, marilah kita sama-sama membantu mereka untuk mendapatkan sebuah van yang baru untuk memudahkan begerak untuk menunaikan hajat orang ramai, Semoga para penderma akan menjadi orang-orang yang tergolong dari kalangan insan-insan yang budiman.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Kerja baikpulih van yang rosak sedang giat dijalankan. Pihak kami membuka peluang kepada tuan-tuan dan puan-puan bagi sama-sama berinfaq dalam kempen ini. Kini, kesemua van maahad berada dibengkel dan perlu dibaikpulih dengan segera .Hal ini kerana van sangat diperlukan bagi kemudahan pergerakan anak-anak ini ke masjid dan membeli barang-barang makanan yang basah mahupun yang kering.Sumbangan kalian kecil ataupun besar amat kami hargai.


Assalamualaikum, terima kasih kepada para penyumbang sekalian.Pihak maahad masih berusaha mencari dana yang mencukupi dalam membiayai baik pulih van tahfiz yang rosak.Dua buah van kami sudah 3 bulan di bengkel .Hanya satu van sahaja yang boleh diguna oleh pelajar tahfiz di sini.Oleh itu, sumbangan daripada kalian kecil ataupun besar sangat kami alu-alukan.Semoga infaq kalian ini menjadi bekal akhirat bermakna selagi mana van tersebut digunapakai untuk kemudahan maahad tahfiz ini.




Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 09, 2025
MISBA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 09, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 09, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 09, 2025