Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN IKRAR NEGERI KEDAH
Dimulakan pada Apr 06, 2022
RM2,161 / 30.87 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
84 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum & Salam Ramadan
Semoga tuan/puan yang sedang berpuasa didalam keadaan yg sihat dan didalam rahmat Allah hendaknya. Sudah pastilah kita yang berpuasa hendakkan amalan kita diterima sebanyaknya dan semaksimum mungkin di bulan yang penuh berkah ini, apatah lagi pahala di bulan Ramadan ini digandakan pahalanya.
Kemuliaan dari sudut masa sesuatu amalan itu dilakukan. Ini seperti kemuliaan melakukan amal ibadah di bulan-bulan yang dimuliakan Allah SWT terutamanya di bulan Ramadan. Contohnya ialah pahala mengerjakan umrah di bulan Ramadan sama pahala ganjaran mengerjakan haji.
Ini berdasarkan hadis sahih bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita Ansar: Maksudnya: Sekiranya telah tiba bulan Ramadhan, maka hendaklah kamu mengerjakan umrah. Ini kerana umrah pada bulan tersebut menyamai pahalanya seperti mengerjakan haji. Dalam riwayat Muslim: seperti mengerjakan haji bersama aku (Rasulullah SAW). Riwayat al-Bukhari (1782) dan Muslim (1256)
Sempena Ramadan ini, IKRAR BANTU mengadakan kempen untuk mengembirakan anak-anak asnaf dengan membelikan pakaian untuk berhari raya, ini sudah tentu meringakan beban ibu bapa mereka.IKRAR BANTU menyasarkan RM7000.00 untuk 46 kanak-kanak mendapat manfaatnya dan lokasinya adalah disekitar negeri Kedah dan Perlis.
Bantuan walaupun untuk kanak-kanak tetapi manfaatnya tetapi dirasai seisi keluarga terutama ibu bapa yang boleh membeli keperluan lain untuk Syawal, sudah tentu Syawal amat ditunggu-tunggu oleh anak-anak yang belum mengerti apa-apa kesusahan.
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sebaik-baik amal selepas beriman kepada Allah adalah mengasihani kepada manusia". Hati orang beriman perlu sentiasa terisi dengan nilai kasih sayang dan sikap keprihatinan.
Tidak kiralah orang tersebut lebih muda daripada kita atau sebaliknya, kita dituntut untuk saling mengasihi dan mengasihani sesama insan.
Kasih sayang ini boleh diamalkan dalam pelbagai cara kepada kanak-kanak dan orang tua, lelaki mahupun wanita, insan mahupun haiwan, orang bukan Islam mahupun alam sekitar.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM31.00
Apr 24, 2022
MUSAFIR KECIK
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 24, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 24, 2022
MUHAMAD AMIN ZULHAKIM BIN MOHAMAD FAUZI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 24, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Apr 24, 2022