INFAQ BAKUL MAKANAN BAGI KELUARGA YANG MEMERLUKAN FASA 2

RM235 / 4.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama menjayakan kempen ini untuk mencapai sasarannya agar kita dapat meringankan beban keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga kita semua kekal dalam rahmat Allah SWT. Kempen ini dilancarkan dengan satu tujuan sahaja iaitu bagi memastikan golongan sasaran iaitu golongan asnaf, ibu tunggal dan juga anak yatim ini dapat diringankan beban hidup mereka dengan sedikit bantuan. Mungkin bantuan ini tidaklah seberapa dan kekal lama, namun sedikit sebanyak kita yakin dengan usaha ini, ianya mampu meringankan beban mereka dalam meneruskan kehidupan seharian.



Penyerahan 87 Pek bakul makanan kepada mereka yang benar-benar layak oleh Tuan Pengerusi Persatuan

Pada bulan lepas, pihak persatuan kami telah mengambil inisiatif sendiri dengan mengadakan kempen penyerahan 87 pek makanan asas kepada golongan sasaran ini di sekitar bandar Sibu. Namun kali ini kami cuba memberi lebih dan tambahan jenis bantuan barangan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Oleh yang demikian, kami mengajak Tuan/Puan untuk bersama kami dalam menceriakan mereka ini dengan sedikit bantuan untuk keperluan harian mereka.


Simbolik penyerahan sambil disaksikan wakil tuan rumah program

Hasil derma orang ramai yang berjaya dikutip pada fasa pertama yang lalu dan kutipan pada fasa kedua ini bagi meneruskan kesinambungan program yang baik ini. InshaAllah jika diizinkan, kita akan meneruskan program ini secara bulanan bagi memastikan kita semua dapat memberikan sumbangan kecil dalam mengurangkan kos sara hidup mereka yang terkesan ini.


والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار


“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614)


Sebagaimana hadis ini, amalan yang boleh menghapuskan dosa adalah bersedekah. Tidaklah sedekah itu menjadi sia-sia kerana akan dihapuskan dosa-dosa dilakukan muslimin dan muslimat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 24, 2023

SHAKIMAH BT SHARIF

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 24, 2023

Kempen Sumbangan Tamat