INFAQ BAKUL MAKANAN UNTUK ASNAF DAN ANAK YATIM OGOS 2024

RM1,263 / 42.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

62 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU SELAGI BOLEH, INFAQ BAKUL MAKANAN BUAT MEREKA YANG MEMERLUKAN DI SARAWAK.


Syukur alhamdulillah. Kempen yang biasa, namun, impaknya yang luar biasa ini menjadi perhatian para dermawan sekalian untuk bersama dalam memberikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan ini. Kempen bakul makanan adalah inisiatif yang bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan, terutamanya golongan asnaf. Kempen ini menyediakan bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, dan lain-lain.



Jumlah kutipan terkini bagi kempen yang kita laksanakan di mana ianya berbaki 3 hari lagi.


Kami berharap kempen kali ini akan lebih berjaya dan dapat memanfaatkan lebih ramai penerima. Kempen bakul makanan ini biasanya dianjurkan oleh organisasi bukan kerajaan (NGO), persatuan komuniti, atau pihak kerajaan tempatan. Tujuannya adalah untuk memastikan golongan yang kurang berkemampuan, seperti mereka yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan, dapat menerima bantuan yang diperlukan untuk menampung keperluan harian.



Antara penerima manfaat hasil daripada kempen ini ialah mereka yang benar-benar susah.


Dengan kos sebanyak RM50 setiap pek, bantuan ini boleh meringankan beban keluarga yang terjejas dan meringankan sedikit bebanan yang dihadapi oleh mereka ini. Mungkin bantuan ini tidaklah seberapa dan kekal lama. Namun, sedikit sebanyak kita yakin dengan usaha ini, ianya mampu meringankan beban mereka dalam meneruskan kehidupan seharian.



Alhamdulillah dengan kutipan yang terkini bulan Julai, pihak kami telah menyampaikan sebanyak 30 pek bakul makanan kepada penerima yang layak. Namun itu, dengan ratusan permohonan yang telah diterima, peruntukan yang besar diperlukan supaya lebih banyak keluarga boleh dibantu. Kami memohon jasa baik tuan/puan sekalian bersama kami menjayakan program bakul makanan ini lebih-lebih lagi dalam kita berusaha untuk membantu masyarakat kita yang memerlukan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

SANIAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 15, 2024

Kempen Sumbangan Tamat