PERSATUAN BEKAS POLIS MALAYSIA

Dimulakan pada Jan 17, 2023

TABUNG BAKUL MAKANAN PBPM

RM690 / 1.38 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

39 Penyumbang

104 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantuan kepada bekas-bekas polis zaman darurat dan warga bekas polis tidak berpencen serta berpendapatan kurang dari RM1,000 sebulan.


Persatuan Bekas Polis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1972 bagi membantu bekas-bekas polis dan warga polis serta balu-balu yang terdiri daripada bekas SC, HomeGuard, AP dan lain- lain semua di bawah naugan PDRM. Kempen ini diadakan untuk mengumpul dana bagi ahli PBPM dan balu-balu pesara/bekas polis yang memerlukan bantuan bakul makanan.




Selain itu, kami mewakili Ibu Pejabat PBPM memohon sumbangan daripada Tuan/Puan bagi meringankan beban ahli-ahli PBPM kami. Kami juga telah menziarah ahli yang sangat daif dan memerlukan bantuan bakul makanan untuk melangsungkan kehidupan mereka.




Oleh itu, Saya merayu kepada semua untuk membantu kami memenuhi kempen Tabung Bakul Makanan PBPM ini ia juga sedikit banyak dapat membantu kami memperjuangkan kebajikan kepada warga bekas polis. Kami juga berbesar hati jika ada mana-mana NGO atau mana-mana badan kerajaan yang sudi menyumbangkan sedikit Bakul makanan kepada PBPM.




مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

(Surah al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan