INFAQ BAKUL MAKANAN PEDALAMAN SARAWAK FASA 4

RM1,185 / 39.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

29 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU SELAGI BOLEH, INFAQ BAKUL MAKANAN BUAT MEREKA YANG MEMERLUKAN DI PEDALAMAN SARAWAK.


Seperti kebiasaannya, infaq bakul makanan ini dilakukan oleh pihak kami secara bulanan mahupun berkala. Ianya penting dalam usaha kami untuk membantu meringankan beban mereka yang benar-benar memerlukan terutamanya mereka yang dalam kategori miskin tegar di Sarawak.



Pada fasa yang lepas, pihak kami telah menghantar sebanyak 30 pek bakul makanan di sebuah kampung atas air yang berada di pedalaman Sarawak. Ianya juga telah menarik minat beberapa individu lain untuk terus menumbang terus dengan membeli dan menyerahkan terus kepada kami. Penghantaran terpaksa menggunakan jalan air berikutan ianya merupakan akses yang ada kepada kampung tersebut.



Kerjasama daripada penduduk kampung juga amat baik apabila membantu mengangkat bantuan tersebut apabila tiba di jeti kampung berkenaan.


Dari segi barangan pula, kami telah melakukan sedikit perubahan dengan lebih banyak menggunakan produk tempatan selaras dengan usaha kita untuk terus memboikot produk atau syarikat yang berkaitan atau menyumbang kepada ekonomi Israel. InshaAllah bantuan ini akan meringankan beban keluarga yang terkesan dan sedikit sebanyak menceriakan hari mereka.



Dengan ratusan permohonan yang telah diterima, peruntukan yang besar diperlukan supaya lebih banyak keluarga boleh dibantu. Kami memohon jasa baik anda sekalian bersama kami menjayakan program bakul makanan ini lebih-lebih lagi dalam kita berusaha untuk membantu masyarakat kita yang memerlukan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Dec 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM500.00

Dec 08, 2023

Kempen Sumbangan Tamat