YAYASAN PENDIDIKAN ISLAM AMAN

Dimulakan pada Oct 26, 2022

BANTUAN BAKUL RAHMAH UNTUK ASNAF

RM1,900 / 19.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

82 Penyumbang

29 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantuan Bakul Rahmah untuk keluarga asnaf yang terdiri dari ibu tunggal, anak yatim dan miskin. Jom bantu kami realisasikan kempen ini dan ringankan beban mereka yang memerlukan.


Bermula tahun 2022, Yayasan Pendidikan Islam Aman meneruskan lagi agenda usaha-usaha kebajikan di sekitar Kelantan terutama pada era pasca covid dan musim tengkujuh yang bakal tiba nanti. Hampir setiap bulan Yayasan Pendidikan Islam Aman memperuntukkan sumbangan bantuan kepada 10-15 keluarga susah yang terdiri daripada asnaf, ibu tunggal, orang miskin dan anak yatim.


Melalui tabung ini, sasaran kami adalaha sebanyak RM10000 untuk membantu seberapa ramai keluarga yang berada dalam kesusahan. Dana ini diagihkan kepada golongan sasaran yang meliputi daerah-daerah sekitar Kelantan secara berperingkat. Antara daerah-daerah yang sudah kami santuni melibatkan daerah Bachok, Pengkalan Chepa dan Pasir Mas. Keluarga-keluarga ini amat memerlukan bantuan daripada anda semua dalam menjalani kehidupan seharian mereka.




Pihak kami amat berharap orang ramai dapat membantu kami untuk menghulurkan bantuan seikhlas hati terutamanya dalam bantuan keperluan asas dan sedikit wang tunai. InsyaAllah sumbangan daripada anda semua akan diagihkan kepada keluarga-keluarga yang susah dan memerlukan bantuan ketika ini.



InsyaAllah dengan bantuan anda semua, pihak YPIA akan terus menyebarkan kebaikan dan membantu seberapa ramai yang memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan seharian. Jazakallahu khairan khatiran kepada semua penyumbang, moga Allah membalas segala kebaikan anda semua dengan sebaiknya. InsyaAllah akan menjadi saksi dan bekalan amal buat kita agar dimasukkan ke syurga di akhirat kelak. Amin.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 27, 2023