Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM510 / 10.20 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
29 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Setelah bertahun-tahun hidup dalam kesengsaraan akibat peperangan, rakyat Palestin kini sedang berusaha membina kembali kehidupan mereka. Gencatan senjata bukanlah akhir perjuangan mereka, tetapi permulaan bagi kita semua untuk membantu mereka bangkit.

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir terdapat seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki." (QS. Al-Baqarah: 261)

Memasuki bulan Ramadan, umat Islam di seluruh dunia bersiap menyambut bulan penuh rahmat ini dengan kegembiraan. Namun, di Gaza, saudara-saudara kita masih berjuang, membina rumah mereka dari serpihan, mencari makanan untuk keluarga, dan berusaha mengembalikan kehidupan yang lebih baik.

Melalui kempen ini, kita akan bersama-sama membantu mereka dengan:
1. Bantuan bahan asas
2. Pembangunan rumah
3. Pembinaan masjid & sekolah
4. Sokongan skonomi

Jadikan Ramadan ini sebagai Ramadan terbaik untuk mereka!
Saudara-saudara kita di Palestin berhak merasakan kehangatan Ramadan dengan penuh harapan dan kebahagiaan. Dengan sedikit rezeki yang kita kongsi, kita mampu membawa senyuman kepada mereka. Jom, bersama kita bangunkan kembali Palestin!
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
ASAR Humanity – Terus Berdiri Bersama Palestin
Kami tidak menentang mana-mana negara yang menjaga keselamatannya, termasuk Mesir. Tetapi kami juga tidak dapat menafikan hakikat bahawa di sebalik tembok sempadan itu, manusia sedang mati perlahan-lahan. Kami menuntut agar tindakan kemanusiaan diutamakan. Pintu bantuan mesti dibuka, suara mereka mesti didengar.
Dunia tidak boleh terus berdiam diri.
Kita tidak boleh hanya menonton sambil pembunuhan beramai-ramai ini berlaku di depan mata kita. Diam juga adalah satu bentuk sokongan terhadap kezaliman.
"Sesiapa yang tidak peduli akan urusan umat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka."
— (Hadis Riwayat Al-Hakim)
Jangan biarkan penderitaan Palestin dilupakan. Jangan biarkan suara mereka dibungkam. Bersama kita salurkan bantuan, bersama kita suarakan keadilan.
#BersamaPalestin
#KemanusiaanTanpaSempadan
#JanganDiamAtasKezaliman
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 24, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Feb 24, 2025
ZUHAIRI ABD RAHMAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 23, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Feb 23, 2025
RAJA NORIZA BINTI RAJA ARIFFIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 22, 2025