RAYUAN DERMA BANTUAN BENCANA BANJIR

RM746 / 2.98 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000

44 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Seramai 100 orang penerima sumbangan bernilai RM250 barangan makanan disasarkan pada Program Bantuan Kemanusian Mangsa Bencana Banjir yang terdiri daripada kalangan ahli keluarga fakir dan miskin.


Pada bulan November sehingga March tahun hadapan adalah permulaan peralihan monson. Kebanyakan negeri-negeri pantai timur telah ditimpa bencana banjir yang menlibatkan kehilangan harta dan nyawa yang banyak. 



Di atas kesempatan ini, Pertubuhan Kebajikan Niq Ehsan Malaysia telah menyediakan kertas cadangan yang bertujuan memohon dana bagi menjayakan Program Kemanusian Mangsa Banjir di Negeri-Negeri Pantai Timur. Antara objektif program adalah:


1. Meringankan beban mangsa banjir bagi meneruskan kehidupan yang mendatang.

2. Membuka minda komuniti untuk membantu sentiasa berlaku baik sesame masyarakat tidak kira susah atau senang.

3. Melahirkan dan menanam sifat sukarelawan dalam kalangan warga PKNEM.

4. Memberi peluang kepada sukarelawan untuk mempelajari serta memahami berkenaan dengan isu-isu bencana yang melanda Malaysia.




Kami mengumpul dana dan sumbangan dari badan-badan kerajaan, korporat dan swasta bagi menaja keperluan projek Bantuan Kemanusian Mangsa Bencana Banjir. Memobilisasi pasukan sukarelawan Pertubuhan Kebajikan NIQ Ehsan Malaysia untuk membantu melancarkan perjalanan kempen dan program. Selain itu, mencari rakan strategik serta menjalinkan kerjasama dengan badan-badan atau institusi-institusi yang -mempunyai kepakaran berkaitan yang boleh disumbangkan kepada penerima bantuan program ini. Antara barangan yang akan disumbangkan adalah beras, gula, minyak masak, garam, tepung, roti, tilam, periuk nasi dan dapur gas.




ورجلٌ تصدَّق بصدقةٍ فأخفاها حتى لا تعلمَ شمالُه ما تنفقُ يمينُه


Yang bermaksud: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”

(Riwayat Al-Bukhari)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 16, 2022

ROHANI BINTI MD SHAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 12, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 12, 2022

Kempen Sumbangan Tamat