Banjir, Ujian Untuk SemuaUjian Allah melalui banjir besar baru - baru ini telah merosakkan ribuan kediaman serta seisinya. Ujian ini sebenarnya untuk kita bersama - sama menghadapinya dan membantu sau...
Banjir, Ujian Untuk Semua
Ujian Allah melalui banjir besar baru - baru ini telah merosakkan ribuan kediaman serta seisinya. Ujian ini sebenarnya untuk kita bersama - sama menghadapinya dan membantu saudara - saudara kita.
Oleh yang demikian, bagi membantu mereka yang sedang memerlukan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) & Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama - sama menganjurkan kempen (FASA 1) untuk mendapatkan sumbangan berjumlah RM100,000. Kutipan dana ini diharap dapat dikumpulkan dalam tempoh 3 hari agar bantuan dapat diberikan dengan segera kepada 4 buah negeri terbabit iaitu (Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor).
Berdasarkan maklumbalas yang kami terima dari penyelaras & mangsa banjir di beberapa kawasan terjejas, mereka memerlukan kelengkapan segera seperti dapur gas, tong gas & mesin basuh untuk meringankan beban mereka.
Mohon semua dapat membuat hebahan sebanyak mungkin agar bantuan dapat disalurkan dengan segera. InshaaAllah.
Bantu disini: https://sumbangan.com/DPMM/BanjirDPMM
Terima kasih orang budiman.
#MisiBantuanBanjirDPMM
#DewanMudaDPMM
#GengDermawan