BANTUAN BENCANA BANJIR SEPTEMBER 2022 BATU PAHAT

RM415 / 4.15 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

27 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

14 SEPTEMBER 2022, KAWASAN SRI GADING ,BATU PAHAT DILANDA BANJIR SELEPAS HUJAN LEBAT BERTERUSAN TURUN. SEBUAH PUSAT PEMINDAHAN DIBUKA. AYUH MARI KITA MENYUMBANG BANTUAN PASCA BANJIR


Assalamualaikum wbt. Pada 14 September 2022 adalah tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh penduduk Sri Gading, Batu Pahat. Hujan lebat bermula awal pagi dan berterusan telah menyebabkan kenaikan air di kawasan ini. Pertembungan air hujan yang banyak dan fenomena air pasang besar telah menyebabkan banjir setinggi 1 meter.




Kawasan seperti Taman Sri Panchor, Pekan Sri Gading, Parit Khamis dan beberapa kawasan lagi telah dinaiki air dengan cepat. Ada sesetengah penduduk tidak sempat berbuat apa-apa untuk memindahkan barang mereka. Air memasuki rumah penduduk tanpa halangan. Barangan habis musnah. Sebuah pusat pemindahan telah dibuka dengan 20 keluarga seramai 83 orang dipindahkan ke pusat tersebut.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Timbalan Penguasa II Firdaus Ahmad, berkata hujan lebat yang berterusan dan berlaku fenomena air pasang menyebabkan air banjir tidak dapat keluar dengan cepat ke Sungai Simpang Kanan.




Sehubungan dengan itu Komuniti Ihsan terpanggil untuk membantu mangsa-mangsa ini dalam program pasca banjir nanti. Bantuan barangan dan peralatan akan dirangka untuk membantu mangsa-mangsa banjir ini.



Mukmin yang sejati sememangnya adalah dermawan.


والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” 

Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 18, 2022

SITI ROHAIDAH MUSTAPA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 17, 2022

Kempen Sumbangan Tamat