YAYASAN GLOBAL EHSAN MALAYSIA

Dimulakan pada Dec 16, 2025

TABUNG KECEMASAN BANJIR GLOBAL

RM100 / 0.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

9 Penyumbang

34 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen bagi membantu mangsa banjir di Aceh dan Sri Lanka. Air mata mereka menanti keprihatinan kita.


Banjir yang melanda datang tanpa amaran, meragut segalanya dalam sekelip mata. Rumah musnah, harta benda hilang, dan hasil pertanian yang menjadi sumber makanan turut lenyap ditelan arus. Ribuan keluarga kini kehilangan tempat berteduh serta terputus akses kepada makanan, air bersih dan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan.





Ketika ini, Aceh dan Sri Lanka merupakan antara kawasan yang paling terjejas akibat bencana banjir besar. Ramai mangsa bukan sahaja kehilangan kediaman, malah terpaksa berdepan trauma, kecederaan serta kehilangan ahli keluarga.



Di Aceh, banjir besar dan kejadian tanah runtuh telah meragut hampir seribu nyawa, termasuk di Sumatera, dan memaksa ribuan penduduk berpindah dalam keadaan serba kekurangan. Mereka kini berjuang tanpa bekalan makanan, air bersih dan perlindungan yang mencukupi. Sementara itu di Sri Lanka, hujan lebat berterusan akibat Taufan Ditwah telah mencetuskan banjir besar dan tanah runtuh yang mengorbankan ratusan nyawa. Banyak kawasan masih ditenggelami air, terputus hubungan, dan terus berdepan ancaman tanah runtuh susulan.



Atas dasar kemanusiaan, Tabung Kecemasan Banjir Global dilancarkan bagi menyalurkan bantuan segera kepada mangsa yang terjejas. Setiap sumbangan amat bermakna kerana ratusan nyawa telah terkorban, ribuan cedera, ramai mangsa masih hilang, dan ribuan lagi terperangkap tanpa bantuan dalam keadaan keperluan asas yang semakin kritikal.


Dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk menyediakan pek bantuan makanan yang mengandungi beras, tepung, lentil, minyak dan keperluan asas, selain membekalkan makanan panas sebagai sumber tenaga segera untuk mangsa. Bantuan air minuman bersih juga akan disalurkan untuk kegunaan minum dan memasak, di samping kit kebersihan seperti sabun, tuala dan keperluan sanitasi asas bagi menjaga kesihatan dan kebersihan. Tabung ini turut menyediakan bantuan perlindungan termasuk tempat perlindungan sementara untuk mangsa yang kehilangan tempat tinggal.



Dengan sasaran RM50,000 bagi fasa pertama, bantuan ini diharapkan dapat meringankan penderitaan mangsa banjir di Aceh dan Sri Lanka. Setiap sumbangan anda menyelamatkan nyawa, memberi harapan dan membantu mereka bangkit semula daripada ujian yang amat berat ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 20, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 19, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 19, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 19, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Dec 18, 2025