ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

Dimulakan pada Sep 18, 2023

BANTUAN KECEMASAN BANJIR BESAR DI LIBYA MARI BANTU SEGERA

RM130 / 1.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

4 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Libya dilanda banjir besar mengakibatkan ramai penduduk di sana terkorban dan hilang tempat tinggal. Keprihatinan anda mampu melegakan kekusutan yang dialami penduduk Libya yang terjejas.


Pada 12 September lalu, dunia dikejutkan dengan bencana banjir yang melanda Timur Libya. Banjir besar yang berlaku selepas dua empangan pecah ekoran hujan lebat yang dibawa Taufan Daniel di wilayah terbabit telah menghanyutkan seluruh kawasan itu dan memusnahkan rumah, jambatan serta jalan-jalan utama di kawasan Derna, Libya.



Angka korban terus meningkat. Operasi mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan. Terkini, jumlah korban meningkat kepada 11,300 orang dan 10,100 lagi masih dilaporkan hilang. Penduduk setempat masih dalam keadaan takut dan trauma. Bah besar ini diibaratkan seperti ‘tsunami’.



Antara kawasan yang terbabit ialah Beghazi, Soussa dan Al-Marj. Puluhan ribu orang terjejas dan ramai yang hilang tempat tinggal. Mereka sangat memerlukan bantuan makanan, tempat tinggal dan sokongan moral daripada kita semua. Islamic Relief kini sedang bekerjasama dengan Pertubuhan Bulan Sabit Merah dan pihak berkuasa tempatan bagi mengenalpasti kawasan yang paling teruk terjejas dan yang memerlukan respon segera.



Islamic Relief juga telah mengedarkan bantuan makanan, selimut, tilam dan makanan panas kepada penduduk terjejas di Derna. Zahirkan keprihatinan anda dengan menyokong dengan menderma menerusi kempen kecemasan ini. Sumbangan anda memberi impak yang besar bagi mereka yang terjejas dengan banjir ketika ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 24, 2023

UMM RAFA

Menyumbang sebanyak RM100.00

Sep 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat