RAYUAN DERMA BANJIR 2023 DAN 2024

Dianjurkan oleh:
ILTIZAM RELIEF SOCIETY
Dimulakan pada:
26 Sep, 2023
RAYUAN DERMA BANJIR 2023 DAN 2024
1.40%
RM280
/RM20,000
12
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Musim monsun sudah bermula dan beberapa kawasan telah pun banjir. Iltizam Relief Society bukan sahaja bersiap siaga juga telah pun turun dan membantu. Ayuh, sokong kempen ini dan bantu mangsa banjir!

Ramalan kajian cuaca dikeluarkan oleh MetMalaysia agak tepat kal, peralihan monsun pada 19 September 2023 yang lalu telah berlaku. Baling (Kedah), Bagan Serai (Perak) dan Raub (Pahang) antara tempat dilanda banjir kilat.

Kami telah melawat Kampung Charuk Akar Tawar, di Kuala Ketil yang dilanda banjir luar biasa. Kebiasaannya banjir hanya setakat paras tumit, tetapi tiba-tiba pada 22 September 2023 yang lalu banjir paras tengkuk, menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan semua barang-barang di rumah, motosikal dan kereta.

Iltizam Relief Society telah bersetuju akan memberikan bantuan awal iaitu makanan untuk 32 keluarga yang tinggal sehelai sepinggan di kampung ini.

Ketika musim Monsun Timur Laut (MTL) dari November 2022-Mac 2023, Iltizam Relief Society telah membantu 5,460 keluarga mangsa banjir di Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Kedah. Hampir 22,000 orang dibantu. Juga seramai 125 pelajar yang sedang menduduki SPM dalam keadaan sehelai sepinggan telah dibelikan baju baharu.

Antara bentuk sumbangan ialah barang makanan, makanan panas, snack pack, air minum, kit kebersihan, selimut, toto, bantal, baldi, pakaian, dan lain-lain.

Hanya Allah mampu membalas sumbangan anda semua!

Merujuk kepada ramalan cuaca dan keadaan cuaca semasa, banjir besar boleh berlalu bila-bila masa sahaja.

Oleh itu, ayuh, hulurkan Sedekah Jumaat anda minggu ini untuk bantu kami Siap Siaga Banjir MTL 2023-2024.

Marilah sama-sama kita bantu rakyat Malaysia yang ditimpa musibah.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

17 Dec 2023

Banjir Kelantan Gelombang 1:

Alhamdulillah, Iltizam Releif Society bersama rakan-rakan telah membantu 150 keluarga mangsa banjir di Tawang, Bachok lsnin lalu, dengan pek makanan barang dapur. Majoriti mereka adalah pesawah dan tanaman mereka musnah ditenggelami banjir. Bantuan ini memberi kelegaan sekurang-kurangnya untuk 2 minggu.

Pada hari Selasa pula, 100 keluarga lagi telah dibantu di Rantau Panjang, melibatkan 3 buah kampung. Banjir di sini telah mencapai tahap ke paras tengkok. Kemungkinan besar mereka akan menghadapi gelombang kedua tidak lama lagi.

Seramai 40 mangsa banjir juga telah dibantu dengan kit kebersihan yang terdiri dari sabun, ubat gigi, berus gigi, tuala, tikar getah, kain pelekat dll.

Kit ini dan sebahagian pek makanan adalah hasil sumbangan Yayasan Hasanah.

Terima kasih semua penderma.

Banjir gelombang kedua mula melanda Kelantan, Terengganu malah Selangor.

Ayuh, klik di

06 Dec 2023

Gambar-gambar pagi tadi @ 6/12/2023 di Rantau Panjang, Kelantan.

Ayuh bantu kami, kami amat kekurangan dana untuk melaksanakan misi bantuan banjir.

04 Dec 2023

Banjir di Tanah Merah Kelantan.

Rantau Panjang, Kelantan, juga banjir.

PPS telah dibuka.

Ayuh, jom kita bantu mangsa-mangsa banjir. Hujan berterusan akan memburukkan lagi banjir di Kelantan.

08 Nov 2023

Selangor dan Perak sudah banjir, mangsa semakin meningkat.

Nota: Gambar-gambar dikirim oleh Jabatan Amal kepada Iltizam Relief Society.

Kami mendapat permintaan dari kawasan Kuala Langat untuk bantuan tilam, bantal, dapur masak dan kit kersihan.

Menurut laporan di atas, monsun timur laut akan bermula 11 November 2023 ini, maka hukan lebat berterusan akan bermula.

Ayuh tuan / puan, bantu kami sekarang.

24 Oct 2023

https://vt.tiktok.com/ZSNhk1W2h/

Amaran beberapa episod hujan lebat risiko membawa banjir.

23 Oct 2023

LAPORAN AWAL BANJIR KILAT DAERAH SIK

22.10.2023 (Ahad)

Jam kemaskini : 1930H

Kawasan Terjejas 

Mukim Sik

 - Kg Banggol Kiat

 - Taman Derdap

 - Kg Jerai

Mukim Sok

-Kg Pinang

-Kg Surau

Kami sedang mengemaskini bentuk bantuan yang perlu disalurkan bersama rakan tempatan kami di sana.

Ayuh jangan tunggu lagi, hulurkan sedikit sumbangan untuk kami membantu mangsa-mangsa banjir yang mana banjir akan berlaku bila-bila masa sahaja selepas ini kerana peralihan monsun timur laut sudah bermula.

Nota: Gambar di atas adalah rumah salah seorang rakan tempatan kami di Sik. Beliau adalah tulang besi kami di sana, banyak melaksanakan program-program bantuan untuk Iltizam Relief Society di sana.

Ayuh, kita ringankan sedikit beban mangsa banjir, semoga Allah meringankan ujian ke atas kita di Mahsyar nanti.

06 Oct 2023

Setakat ini ramalan-ramalan cuaca oleh MetMalaysia agak tepat. Oleh itu, marilah tuan / puan kita menyumbang seikhlas hati bagi bersiap siaga menghadapi banjir.

02 Oct 2023

29/9/2023, Baling, Kedah

Hari ini kami telah membekalkan barang dapur untuk 60 keluarga mangsa banjir di Kg Charok Tawar dan Kg Padang Setol, Kuala Ketil.

Pada 24/9/2023 kami telah melawat kedua kampung ini dan mendapati semua barang dalam rumah musnah, kereta dan motorsikal juga rosak.

Semoga bantuan ini meringankan sedikit beban mereka.

Terima kasih kepada anda yang telah menghulur sedekah dan derma ikhlas untuk bantuan banjir.

Kami masih memerlukan sumbangan anda.

Sila klik di sini untuk menderma seikhlas hati:

https://sumbangan.com/banjirmonsun202320234

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

SHARIFAH
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 12, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 29, 2023
KHAIRIL
Menyumbang sebanyak RM30.00
Dec 27, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 24, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 05, 2023

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTUAN PAKEJ PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI KEPADA PELAJAR TERPENCIL
SEBAR DAGING, SEBAR GIZI UNTUK SESAMA
PROGRAM BERKHATAN PERCUMA UNTUK PELAJAR TAHFIDZ MISKIN DAN ASNAF
DANA KECEMASAN BUAT USTAZ FADHIL NOOR
Kempen Sumbangan Tamat