Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM34,079 / 113.60 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000
1227 Penyumbang
Kempen Berjaya
"Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu.” (Surah Hud: 44)
Sungguh, kami terkejut melihat beberapa kawasan sudah ditenggelami air banjir disebabkan hujan sejak 2 hari yang lepas sehingga ke hari ini. Penduduk setempat dalam proses berpindah ke pusat pemindahan dari kediaman mereka. Namun, masih ramai yang terkandas dan terpaksa memanjat naik ke atas bumbung rumah sementara menunggu bantuan tiba tetapi ada beberapa kawasan yang tidak dapat dilalui oleh pasukan penyelamat disebabkan kelajuan air yang sangat berbahaya.
Detik cemas buat semua penduduk apabila air naik sekelip mata. Kebanyakan kawasan yang selamat juga sudah mulai ditenggelami air. Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 9,149 orang sehingga jam 8.20 pagi 19 Disember 2022, berbanding 7,096 orang malam tadi. Kesemua mereka membabitkan 2,707 keluarga ditempatkan di 80 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sembilan daerah. Sementara di Terengganu, seramai 11,415 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). Hujan masih berterusan dan dijangka mangsa banjir akan terus bertambah.
Di atas rasa tanggungjawab, Kelab Jelajah Kuala Lumpur bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terpanggil untuk membuka ruang kepada semua pihak membantu mangsa banjir yang terjejas dengan kadar yang segera. Antara barang yang sangat diperlukan buat masa ini adalah:
1. Ready to eat food
2. Air minuman
3. Powerbank
4. Pampers dan susu formula
5. Pakaian dalam dan tuala wanita
Kesemua barang-barang ini akan diagihkan ke beberapa pusat pemindahan di Pantai Timur. Jika kutipan dilakukan dengan cepat, maka lebih cepat bantuan akan sampai kepada mereka. Oleh itu, kami menyeru semua pihak untuk berganding bahu membantu mangsa banjir di Pantai Timur ini.
Setiap sumbangan yang anda hulurkan kami sangat hargai dan menjadi harapan untuk mangsa banjir menghadapi hari esok. Semoga Allah SWT menggantikannya dengan perkara yang lebih baik dari apa yang kita sangka dan semoga jasa baik para dermawan akan dibalas oleh Allah SWT dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Insyaallah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, pasukan kami dalam proses pengagihan barang-barang keperluan kepada mangsa yang terkesan banjir. Masih ada mangsa yang belum mempunyai keperluan yang cukup pasca banjir ini. Justeru, kami masih giat menggerakkan ahli kami untuk mengagihkan barang-barang ini. Antara barang yang diagihkan adalah:
1. Bantal
2. Telekung solat
3. Tuala wanita
4. Selimut
Jom #BuatBaik!
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 20, 2023
AMBARIAH SAMSURI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 19, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 19, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 19, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 18, 2023