YAYASAN IKHLAS

Dimulakan pada Dec 05, 2023

MISI BANTUAN BANJIR SEGERA 2023

RM100 / 1.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantuan segera untuk misi bantuan banjir 2023. Kami mengharapkan sokongan anda semua bantu meringankan beban mangsa yang terkesan.


Hujan lebat tahap merah & air pasang besar berterusan menyebabkan hampir seluruh pantai Timur mengalami banjir buruk. Ratusan rumah terjejas, ribuan harta tenggelam dan ratusan keluarga lagi hilang tempat kediaman. Air naik dengan laju menyebabkan ramai yang terperangkap termasuk anak kecil, ibu mengandung dan warga emas. Dijangkakan banjir kali ini akan mengakibatkan kerugian ratusan ribu dan kemalangan jiwa yang tinggi.



Bencana banjir memberikan kesan emosi mendalam & kerosakan harta benda kepada mangsa. Antara kerosakan yang dialami adalah kerosakan barang keperluan harian, kehilangan punca pendapatan, kenderaan rosak ditenggelami air, rumah masih tenggelam walaupun hujan berhenti, lumpur tebal yang mendap selepas air surut.



Mereka perlukan pelbagai bantuan kewangan dan moral untuk meneruskan kehidupan normal seperti dahulu. Ringankan derita mereka dengan hulurkan sumbangan anda kepada mangsa-mangsa banjir bagi meringankan beban lebih 800 keluarga mangsa banjir untuk meneruskan kehidupan selepas banjir, sumbangan orang awam akan digunakan untuk:


1. Wang tunai

2. Bekalan makanan

3. Barangan keperluan rumah

4. Membaiki peralatan elektrik

5. Pembersihan rumah selepas banjir

6. Kos baiki pulih rumah

7. Kit emosi & aktiviti kanak-kanak di PPS



Ribuan Jiwa Terjejas Dengan Banjir


Sumbangan anda pengerat kasih. Setiap ringgit sumbangan anda akan terus disalurkan kepada mangsa banjir samada di kawasan banjir atau PPS melalui beberapa projek bersama sukarelawan.



Yayasan Ikhlas telah dilatih khas oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan mendapat sijil Civil Defence Emergency Response Team (CDERT). Ini membolehkan pasukan Yayasan Ikhlas untuk bertindak sebagai frontliner menyampaikan bantuan setiap kali berlaku bencana.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 24, 2023

NOOR HASIFAH BINTI SAMAD

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Dec 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 05, 2023

Kempen Sumbangan Tamat