SUMBANGAN PERSEDIAAN BANJIR SIBU SARAWAK

RM130 / 2.60 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

4 Penyumbang

41 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Pihak kami berharap kempen ini kelak akan berjaya dan dapat digunakan untuk memberi manfaat kepada mangsa yang benarbenar memerlukan


Seperti semua sedia maklum, daerah Sibu merupakan kawasan yang berada di tengah di negeri Sarawak. Daerah Sibu mempunyai kawasan yang rendah dan berada di pinggir sungai. Oleh itu, setiap hujung tahun, kawasan Sibu pasti dilanda banjir dan banyak kawasan yang terjejas terutamanya rumah-rumah disekitar tebingan sungai Rajang. 




Sumbangan ini dilancarkan untuk mengutip dana bagi memastikan persediaan pra banjir dapat dipersiapkan bagi mengurangkan kesan banjir yang lebih teruk berlaku di Sibu, Sarawak. Ia juga sebagai persediaan logistik bagi memastikan mangsa atau barangan mangsa banjir dapat diselamatkan sebelum banjir berlaku kelak.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah: 261)



Gambar 1 : Tanah perkuburan Islam di Sibu dilanda banjir

Kami berharap agar orang ramai dapat memberikan sumbangan untuk kita sama-sama membantu rakyat daerah Sibu untuk membuat persediaan menghadapi banjir. Semoga Allah membalas semua kebaikan para dermawan sekalian. InsyaAllah.

Nabi SAW juga ada bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)


Gambar 2 : Pandangan sekitar kawasan Kampung Melayu Isl


“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588).


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHAMAD NOOR BIN HUSIN

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jul 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2022