Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERSATUAN MISI KEAMANAN DAN BANTUAN KEMANUSIAAN ANTARABANGSA MALAYSIA
Dimulakan pada Nov 29, 2024
RM3,200 / 6.40 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
60 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Situasi Banjir terkini terutama di Kelantan melibatkan lebih 70,000 rakyat yang terkesan akibat banjir . Banjir yang dikatakan lebih besar daripada fenomena banjir luar biasa pada 2014.
Jumlah keseluruhan mangsa kini mencecah 73,390 orang daripada 22,699 keluarga di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor. Sebanyak 493 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka untuk menampung mereka yang terjejas.

Banjir yang melanda beberapa negeri terutama di pantai timur membawa cabaran besar kepada masyarakat. Banjir bukan sahaja menenggelamkan harta benda, tetapi juga mengancam keselamatan nyawa dan kesejahteraan rakyat serta kerosakan harta benda. Dalam keadaan seperti ini, Islam mengajar kita untuk berusaha membantu satu sama lain, khususnya mereka yang sedang menghadapi kesusahan.

Kejadian banjir tidak seharusnya dianggap sebagai peluang untuk berseronok. Sebaliknya, kita perlu menjadikannya peluang untuk melaksanakan amal kebajikan. Dalam membantu mereka yang terkesan, kita dapat meringankan beban mangsa yang berdepan dengan kesukaran kehilangan tempat tinggal, kekurangan bekalan makanan, dan cabaran hidup di pusat pemindahan sementara.

BANTU Malaysia menyeru seluruh masyarakat awam, pihak berwajib, NGO, dan sukarelawan dalam bersama menguruskan keperluan mangsa banjir. Bantuan awal seperti makanan, minuman, dan air bersih adalah kritikal, terutama pada peringkat awal banjir.

BANTU Malaysia kini dalam usahasama bersama sumbangan.com berusaha mengumpul dana bagi mengoperasikan dapur rakyat, yang menyediakan makanan minuman dan keperluan lain kepada mangsa banjir, terutama golongan kanak-kanak yang sering berhadapan dengan kekurangan makanan bersih pada saat genting ini.

BANTU Malaysia merayu kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin untuk menyumbang bagi memastikan mangsa banjir mendapat keperluan secukupnya. Semoga amal kecil kita bersama ini adalah peluang untuk kita meraih ganjaran besar daripada Allah SWT.
“Barang siapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 02, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 02, 2024
MISBA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 02, 2024
NOORATIKA BINTI ZAINAL
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 02, 2024
YUSRI
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 02, 2024