Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM20,007 / 100.04 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000
750 Penyumbang
Kempen Berjaya
Kanak-kanak berusia 11 tahun mengalami masalah kesihatan dimana adik Farrel menderita sakit kanser tulang tahap 4. Kanser tulang merupakan sejenis kanser yang jarang berlaku. Malah, penghidap kanser ini hanya merangkumi 1% daripada semua jenis kanser.
Dalam kes adik Farrel, ianya bermula apabila beliau mula sakit belakang badan. Mereka sudah pergi ke klinik biasa untuk menerima rawatan dan juga mengurut tetapi tak baik juga. Ibu bapanya membawa adik Farrel ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya dan mendapat maklumat yang lebih mengenai tahap kesihatan anaknya. Pada 13 Januari 2023, doktor mengesahkan adik Farrel menghidap kanser tulang.
Sejak hari itu, bermulalah episod mendapatkan rawatan kimoterapi setiap bulan sebanyak 2 kali. Adik Farrel juga terpaksa ditahan di wad jika beliau mendapat kesan selepas menjalankan kimoterapi dan tidak dibenarkan pulang sehingga keadaan sudah stabil.
Doktor menjangkakan akan buat pembedahan buang tulang kaki yang kene jangkitan kanser tu mungkin pada Mei 2023 dan jika telah sembuh nanti, risiko kanser akan berulang. Jika berulang, biasanya ubat kimoterapi tidak akan lagi berkesan. Apabila tulang kakinya dibuang, perlu digantikan dengan membeli besi. Kos besi tersebut tiada bantuan atau subsidi dari hospital dan perlu dibeli sendiri yang nilainya hanya akan dapat diketahui sebelum pembedahan dibuat.
Sekarang jangkitan kansernya sudah sampai ke organ dalam dan tulang belakang pun ada yang telah rosak serta rapuh. Sekarang adik Farrel perlu memakai supporter yang telah kami beli dengan harga RM1,500. Beliau perlu berhati-hati apabila bergerak kerana takut tulang belakang boleh membengkok dan sebagainya.
KJKL berasa simpati dan atas dasar prihatin ingin membantu adik Farrel mencukupkan kos operasi pembedahan serta kos perbelanjaan luar yang melibatkan keperluan adik ini. Semoga Ramadhan kali ini memberi sinar kepada adik Farrel dengan adanya sumbangan dan sokongan dari orang ramai.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
SITI KHADIJAH HASSAN BERSERI
Jumlah: 19
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Apr 28, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Apr 28, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 28, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 28, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Apr 28, 2023