TABUNG BENCANA ALAM PKINJ

RM340 / 0.68 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

22 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM BANTU TABUNG BENCANA ALAM. TIDAK KIRA MASA ATAU TEMPAT BANTUAN AWAL AKAN DAPAT DIGERAKKAN DAHULU SEKIRANYA BERLAKU BENCANA. MEMBANTU DENGAN KADAR SEGERA MATLAMAT KAMI


Assalamualaikum. Apabila berlakunya bencana alam seperti banjir, kebakaran, tanah runtuh dan sebagainya, kemusnahan harta mahupun kehilangan nyawa kadangkala tidak dapat dielak. Bertitik tolak dari kejadian ini , pihak Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor terpanggil untuk memberikan bantuan segera dalam kes-kes seperti ini.



Pihak PKINJ merasakan bahawa setiap kali berlaku bencana alam maka barulah NGO akan mencuba membuat pengumpulan dana untuk membantu mereka yang terlibat. Sedangkan bantuan perlu dihantar dengan segera supaya mereka yang terlibat dapat dibantu dengan cepat. Ini mungkin kerana pihak NGO sendiri terpaksa mengumpulkan wang dalam waktu yang sangat singkat supaya dapat membantu mangsa dengan segera.



Sehubungan dengan itu PKINJ dengan rasa rendah diri menawarkan kemudahan dan ahli-ahli kami untuk membantu mereka yang terlibat dengan bencana. Dengan mengumpulkan dana yang terkumpul membolehkan pihak NGO dapat bergerak pantas dalam memberi bantuan segera untuk menggerakkan jentera membantu mangsa yang terlibat. Dengan cara ini pihak NGO dapat menyalurkan bantuan-bantuan yang sewajarnya bagi membantu serta memberi sokongan moral kepada mereka. Sesungguhnya sumbangan yang diberikan oleh pihak penderma akan mengalir pahalanya sepertimana membantu mereka yang terlibat secara langsung.



Sabda Rasululllah SAW

“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat” Hadith Riwayat Muslim


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ROHANI BINTI MD SHAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Aug 12, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 29, 2022

NUR SHARIZA & ZARA SOFIA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 23, 2022

Kempen Sumbangan Tamat