TABUNG BANTUAN PERUBATAN ADIK DREENA

RM1,655 / 3.31 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

44 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mudah-mudahan, dengan sokongan, dan bantuan daripada penyumbang, Allah akan anugerahkan kesihatan yang terbaik untuk penyumbang sekeluarga dan generasi akan datang.


SUMBANGAN ANDA MUNGKIN MENYELAMATKAN NYAWA


Beberapa hari lepas, kami bertemu dengan Adik Dreena. Setiap patah kata yang diluahkan ibunya kepada kami membuatkan air mata kami menitis. Adik Dreena lahir ke dunia dalam keadaan normal sehinggalah adik Dreena mengalami demam panas. Penyakit ini menyebabkan adik Dreena mula terketar-ketar dan gegaran di bahagian kepala. 


Beberapa hari selepas itu, adik Dreena mengalami kesukaran untuk bernafas. Mesin oksigen terpaksa dihidupkan dan adik Dreena terpaksa ditahan. Pada hari ke-2, doktor mengesahkan bahawa adik Dreena menghidap penyakit sawan. Hancur luluh hati ibunya melihat keadaan adik Dreena berselirat dengan wayar dan tiub yang bersambung dengan mesin bantuan yang terus menghidupkan harapan. Air mata kami mulai bergenang, air mata yang kami tahan dari tadi mulai mengalir tanpa henti. Para penyumbang boleh bayangkan keadaan adik Dreena waktu tu?



Selama 15 hari adik Dreena berkampung di hospital dan kebanyakkan waktu mereka berada di wad dan memerlukan perhatian yang rapi dari doktor. Doktor memberitahu adik Dreena perlu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan seterusnya. Namun memikirkan kos yang perlu ditanggung, keluarga memilih untuk membawa pulang dan meminta doktor serta merayu untuk membenarkan adik Dreena di bawa pulang. Selepas dibenarkan pulang, ibunya mengigil tubuh, takut, sedih, kecewa, semua perasaan dan emosi negatif berlari-lari memenuhi segenap ruang hati.




Kos tahunan alat perubatan serta susu formula khas yang diminum adik Dreena mencecah ribuan ringgit dan memerlukan kos yang tinggi. Berbekalkan pendapatan RM1500 sebulan dengan bekerja di rumah, kos untuk menampung keperluan sewa rumah dan barang dapur serta perbelanjaan kos rawatan adik Dreena, ternyata ibu bapa adik Dreena tak mampu untuk menanggung kos perubatan ini bersendirian. Oleh itu, adik Dreena memerlukan sokongan dan bantuan jiwa-jiwa yang baik hati meringankan beban mereka sekeluarga. Jenis bantuan yang akan disampaikan terdiri daripada:


1. Ubat-ubatan

2. Alat bantuan kesihatan seperti alat saluran penafasan, tongkat dan kerusi roda

3. Kos pembedahan

4. Kos rawatan susulan ke hospital




Doktor memberitahu dengan lebih terperinci berkaitan adik Dreena dan memerlukan rawatan susulan, jadi kami terpaksa meminta untuk di bawa pulang dahulu dan akan meneruskan rawatan dengan kadar segera jika terpaksa.


“Kalaulah saya dapat gantikan tempat adik Dreena waktu tu, biarlah saya je yang sakit. Tengok anak sakit ni, hati kita macam dihiris-hiris. Lagi sakit daripada kita sendiri yang sakit.”




Dari Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:


“Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat. Dan barangsiapa meringankan (beban) seorang muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.”

(HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

FAUZI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM300.00

Apr 18, 2023

FAUZI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 18, 2023

FAUZI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 16, 2023

Kempen Sumbangan Tamat