BANTU PEMBELAJARAN ANAK ANAK MADRASAH

RM165 / 5.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM BANTU ANAK-ANAK MADRASAH DAN SEKOLAH RENDAH ISLAM KITA DENGAN MENYUMBANG DANA PEMBELAJARAN DAN AKTIVITI. DAPAT MEMBINA SAHSIAH DIRI DAN BERDAKWAH PADA MASA AKAN DATANG.


Assalamualaikum wbt. Kenaikan harga kos barangan semasa di negara kita semakin lama semakin membebankan rakyat. Hal ini amat membimbangkan sehingga menjejaskan operasi perjalanan madrasah, tahfiz mahupun Sekolah Rendah Islam di negara kita. Kos operasi yang terlibat akan meningkat naik dan memberi impak yang besar kepada pembelajaran, pengajaran dan aktiviti institusi terbabit.



Justeru itu, pihak Komuniti Ihsan Johor terpanggil untuk membantu institusi-institusi yang terbabit bagi meringankan bebanan kepada mereka. Kos operasi ini antaranya termasuklah:


1. Alat tulis

2. Bahan bacaan

3. Utiliti

4. Aktiviti



Dengan membantu madrasah, tahfiz ataupun Sekolah Rendah Islam ini maka kita sebagai umat Islam dapat membantu kelancaran bagi melahirkan generasi anak-anak Islam yang berakhlak mukmin sejati yang dapat mempertahankan dan menyuburkan roh Islam di bumi ini.



Menyumbang walau RM10 pun akan dapat memberikan pahala yang berterusan selagi sedekah kita mengalir di setiap anak-anak ini. Sesungguhnya memudahkan institusi ini membolehkan melahirkan dan mengembangkan syiar Islam. Kita sama-sama berganding bahu untuk menjayakan program ini.


"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

(Ali Imran: 92)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2024

Kempen Sumbangan Tamat